Thursday, July 09, 2009

UUM - Kisahku di Unibersiti..

me, kak Jas n kak harni during orientasi kat UUM ...muka saya sungguh toya..boring wey dengar ceramah la..nyanyi2 lagu UUM la..angkat ikrar la..pepun..semangat belajar tetap ada..

time nih saya sangat letih giler babas..maklumlah korang cuba bayangkan...dua hari orientasi then start kelas...owh ya..saya dpt beg galas ala2 beg laptop..ada lambang UUM gitu..kira aku posing nak tayang skett la beg tuh..maaf senyum pun lam paksa akibat keletihan..

..melihat pada gambar2 di atas mengingatkan aku pada detik2 awal bergelar mahasiswi UUM tiga bulan yg lalu..pejam celik2 dh nak dekat final exam dh next month...cepat tui masa belalu..tapi aku nak belajar dari kesilapan..masa kat Uitm di hati dulu suka sngt main..so aku nak tebus kekurangan lalu untuk mara ke depan..hmm percubaan aku ini sememangnya keputusan yg bagi aku sangt memerlukan pengorbanan yg sangat besar..

dn semalam aku sangat gembira..buat pertama kalinya..for my 1st asgment...Tugasan 1 (INDIVIDU) utnk subjek Pengantar Pengurusan..hmm aku dpt carry marks..9/10... memula ada skit mistake ..then my lecturer En Shahrol Aman..email dh gitau markah terkini aku..tq.tq..happy je rasa..sebb tugasan nih wat aku mual hampir dua minggu..sbb aku kena wat summary journal...sampai aku tak lena malam..(kui 3 pagi..la tido dok pk) at the end..im so happy..nih la emel from my lecturer..


assalamualaikum,
maaf kerana saya mengambil masa untuk menjawab email ini kerana kesibukan kursus dan kemasukan pelajar baru. saya memahami situasi yang anda hadapi. saya gembira kerana anda mempunyai motivasi intrinsik yang kuat iaitu belajar untuk mendapatkan ilmu disamping mengharapkan gred yang baik. anda juga telah berjaya dalam membantu rakan-rakan dari tidak tahu kepada tahu. dalam proses penilaian , banyak faktor perlu diambil kira. contohnya perubahan kognitif dan afektif. saya telah menyemak semula tugasan anda dan menimbangkan semula apa yang telah anda lakukan kepada rakan-rakan anda maka markah anda untuk tugasan individu ialah 9/10. ciri kemanusiaan anda tinggi.
terima kasih

tapi tuh baru tugasan 1..tatau lagi la yg lain kan..aku hanya mampu buat yg terbaik dan mengikut kemampuan aku...kekadang bila terlalu bnyk pk..bnyk bebanan di tempat keja..hingga tak sempat nak wat asgment..kekdang rasa give up jugak..tapi bila dtg benda2 cam nih spt dpt markah yg OK..nih memberikan aku satu semangat utk terus berjuang...

"KECEMERLANGAN DI CIPTA OLEH INSAN BIASA YG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA"