Wednesday, April 28, 2010

Bila anda memandu Tanpa Lesen....

Salam..bukak je blog hari nih..first blog yg aku terjah adalah blog izan...tetiba baca entry dier..tetiba ada game tag mengetag...then nama aku turut di tag..ok la izan..aku jwb tag nih ngan sempoinya ok..(maklumlah aku baru abis loya nih..td pi klinik amik vitamin suplemen..)

Apakah anda mempunyai lesen memandu?
Yes, of course. Aku adalah pemandu yg sah di sisi undang2 ..tp kdang2 terlepas pandang je pakai safety belt..huhuhu

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Seingt aku cukup je umo aku 16 thn aku dh amik lesen moto..maklumlah aku kan merempit ke sekolah..heheh..tp lesen keta 10 thn kemdian...lama kan...

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
lebih kurang 3 thn gitu la drive keta..tp moto sejak dajah 6 lagi...hebat kan..:)


Pengalaman pahit ketika memandu?
ada gak..thn 2007 masa mula 2 dpt lesen la...kt trafik light...aku dh bg signal..tp bas yg besar gedabak tuh himpit aku gak..mujuq la aku selamat ..huhuhu takot wooo..keesokkan nya aku wat surat complain..kena la drebar tuh..nasib la kan..


Pengalaman manis?
Dapat memandu sambil makan cekelat..wah manisnya....:)

3 Tabiat ketika memandu?
1) Bukak radio kuat2..sambil nyanyi2...
2) gelak2 sorang terutama dengar telatah FBI & FAFAU bila pagi2 nak pi keja..
3) ....emm tuh ja kot..

3 Pantang bila memandu?
1. Nk potong line tak tunggu turn..mmg aku hangkat tangan tunjukkkan piiiirah la..hampes punya manusia
2. Dekat2 trafik lite buat2 slow...geram tui..
3. Orang yg sngt vodoh..dh tau jalan sempit..cam jalan taman ...tp bawak cam kt motor cross..menci
Ok izan..dh siap dh 'keja sekolah' aku nih..now my turn nak tag orang plak...
Suzie
Kak Anim
Midot
Ejan

Selamat menjawab tag..

Tuesday, April 27, 2010

Aku & Pia membawa diri ke Kampungku..

*foto drp fotopages ku beberapa thn yg lalu..kg ku masih tetap indah di sitew..

Sudah hampir tiga hari aku membawa diri ke rumah orang tua ku..di kampong halamanku yg tercinta…aku dn anak aku sufiya..menumpang kasih di sana…ewahhhhhhhhhh saspen je kan..cam majuk ngan laki lak…heheheh..

Cenggini citernya…school pia kena kuarantin bermula Jumaat lepas hingga Ahad depan..lebih kurang seminggu lebih la..sbb jangkitan penyakit Kuku, tangan dn mulut oleh beberapa orng pelajar An Najjah (rujuk berita kt Tv3 malam kemarin)…so, pia pun aku bawak la pi dok di bwah jagaan mak aku la senang citer..

Aku..? ya aku pun join sekali dok kt kg....sbbnya aku rasa..kesempatan nih la aku dpt bermanja ngan mak aku yg aku sayangggg sangt …sbb mak aku leh masak makanan kegemaran aku…(cam semalam buat asam pedas, sambal petai udang..ayam bakar) fuh semuanya indah belaka..

Kalau korang nak tau…aku nih sangt la manja dn mengada2 ngan mak aku…ayah aku jua…bayangkan pagi2 nak pi keja..mak aku tlg buatkan milo utk aku..hidang nasi lemak kt aku…….malam2 lak tlg pasang kelambu kt aku (maklumlah umah kg..tak pasang kelambu alamatnya tidoq ngan nyamuk la haku)..pastu..kalau beli buah mempelam ke..limau bali yg aku idamkan ka..buah setui ka..mak aku yg kupaskan…mak..ooo mak..makasih sbb sayangkan cik sebegitu rupa…kalau mak orng len tatau la kan..msti la sayang gak..tui dak..ayah aku lak..tolong parking elok2 keta aku..sbb aku suka parking keta suka hati ja…makasih ayah..


Semua benda nih dibuat bukan sebb aku mengandung ke apa..tp mmg dari dulu lagi….that y la aku sayang mak n ayah aku so much…

Balik nnti sedang menanti sambal petai udng yg sngt enak…(utk makluman mak aku seorang pakar masakan kampong…fuh..terangkat ataih bawah hujung beranda…heheh)

bye adios…

Monday, April 26, 2010

Selamat HariJadi Sayang...


Selamat harijadi buat suami ku yg tersayang..Mr Anuar yang ke 29 thn...( Hapi belated day sebenarnya..sbb sepatutnya entry nih aku wat masa 19hb April ritu..) tp dh pi kursus la ..bz la nih baru sempat..


Dari umur 19 thn lagi aku dh meraikan harijadi bersama dia, suamiku tersayang...dn aku harpkan aku dpt menyambut harijadi dengan suamiku bukan sahaja tahun ini..tp tahun2 yang mendatang...insyallah


with love


ur lovely wife...fyzzeva81

Sunday, April 25, 2010

Al Fatihah...

Salam ceria di pagi Ahad ini...marilah kita semua umat Islam membaca kan Surah Al Fatihah utk dihadiahkan kepada junjugan besar kita Nabi Muhammad saw..dan para anbiya..tak dilupakan jua kepada kaum muslimin dn muslimat yg telah meninggal dunia.

AlFatihah jua ku ingin panjangkan kepada arwah wan, Osman bin Ibrahim, Tok Jah (sebelah ayah), tok Hj Sin (wan sebelah ayah, pak tam kop (adik ayah), pak lang Ni (abang ayah) dn saudara mara terdekat..moga roh mereka di tempatkan di kalangan orang yg beriman..AMIN

lama gak kan tak hapdet blog...bukan apa..kekangan masa (hatrik 2 minggu aku berkursus kt Penang) ada gap pun dua tiga hari..fuhh sungguh meletihkan minda dan anggota badan ku..

Minggu nih banyak penuh rencana yang telah dirancangkan dn telah dilaksanakan..yang telah selesai aku bersyukur kepada Allah swt..dn yang menanti aku harap ianya berjalan dengan sempurna.

Salam ceria..bye..

fyzz 4eva

Thursday, April 15, 2010

Penang Sekali lagi...


Bukannya bercuti....hatta jenjalan sekalipun..aku sekali lagi akan berkursus Superb Secretary ..bermula esok..hingga hari Isnin nih...di Penang la mana lagi...
So kepada kengkawan..mmg bulan nih sungguh bz buat aku...nak buat cam ner kan..
Time break tadi..aku kuar pegi beli exchange gift..aku beli Anak Patung Pooh yg sederhana besar dn tertulis I LOVE you..bila tekan je kt perut pooh tuh bunyi i lep yu...comey gitu...
ok la ...tatata..hingga berjumpa lagi di minggu hadapan...take care eberibodi...

Mengidam Buah Limau Bali


Salam hormat di hari Khamis yang agak ceria nih..walaupun pagi tadi aku badmood skit..tp mujurla telah dipujuk oleh siapa lagi kalau bukan suamiku..hmm aku jgn bagi aku marah dh la..selagi tak ilang amarah aku tuh..........huhuhu.....
oowh ya...tetiba tekak aku sangat teringin nak makan buah limau bali....(dh telan air liur nih) tp tuh la susah nak dpat la buah limau bali nih..tp kalau belah2 Changlon..jalan on da way nak ke UUM mmg bayk giler gerai2 yg jual buah limau bali...ada limau bali isi merah ada yg putih..ya Allah sedapnya.....
Semalam aku dh order ngan akak kt ofis aku yg mmg kebetulan dok area2 Changloon..nak tunggu ke kelas ..bulan depan baru aku pi UUM..huhu..selagi tak dpt selagi tuh la aku dok teringat...(telan air liur lagi)
Sekian info trafik terkini..tatata..

Wednesday, April 14, 2010

Tips ALAHAN ketika Mengandung...

Salam..

Yap mmg tatkala dn saat ini aku mmg mengalami transmeter (tui ke ejaan nih ) pertama kehamilan ..of course la..mmg mengalami alahan...alahan yg teruk bermula pd tengahari...hingga ke malam...pagi2 hari ok plak...aku boley lagi makan nasi lemak sebungkus ngan kuih muih..serta secawan nestume..tp bila tengahari dn malam..mmg perut sngt lapaq hingga tak terkata..tp bila makan jek musti muntah..kalau tak muntah selagi tuh la kepala sakit...(tp bila mkn mempelam muda dn cicah garam belacan hokey lak..ilang loya tekakku..)

Sekarang nih bangun ja pagi2..sebelum Subuh lagi dh aku mandi air sejuk...pastu aku amik air yg turun dari dagu aku..sambil selawat Ke atas Nabi Muhamaad saw..aku tepuk2 di kepala..nih nak bagi kurang kan sakit kepala..alhamdulilah ..kurang skit sakit kepala aku nih...

owh ya nih ada beberapa tips dn panduan..buat echa ..yg baru mendapat ujian positif gak...heheh..supaya mendapat info berguna utk diaplikasikan bersama..and for all blogers ..sama ada yg on the way nak peknen...tengah peknen..kan..check this out..


Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahanPunca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatanSecara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan
Makanan
Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.


Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.

Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.

Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.

Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak. (maksudnya laki kita la kan..)

Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.

Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.

Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman
Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian
Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.

Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.

Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.

Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.

Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.

Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
Berat badan anda menurun dengan banyak.
Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

nota kaki: hampes dari tadi dok donlod gambaq tak boleh2..hampes..tk kool la entry without photo kan..

Tuesday, April 13, 2010

Kesiannya kt anak aku..

Assalamualaikum pembuka kata...

aku skrang nih kesian tgk sufiya...kesian sngt..tgk wajah dia yg kekadang pucat je..lately, sufiya dh kurus...seingat aku semasa sufiya baby....pia jadi perhatian dn menjadi pujian bila ke mana saja dia pegi..kulit yg gebu mulus...badan yg montok..tp kini walaupun anak manja mama masih lagi comey lote di mata mama..tp badan dia semakin susut..

Aku bimbang gak..kekadang tuh selsema la batuk la..mata pun kuyu saja..bila jumpa Doktor..tuan doktor kata its normal..lagipun dia tengah membesar..tatkala aku pegi ke klinik last month tak silap..berat badan pia 17kg dengan ketinggian 107cm..(pia nih kategori tinggi)..

Mama harap sufiya sihat, tak mau tak selera makan ..mama skang nih kurang skit bagi perhatian kt pia sbb mama betul2 tak larat ya sayang...tp mama bangga..sufiya boleh makan sendiri, mandi sendiri, kalau mama muntah atau loya pia tlong sapukan belakang mama...sufiya tlg mama basuh pinggan..kadang2 tlg jemur kain ..mama bangga ada anak spt sufiya...

mama takkan lupa sufiya adalah permata pertama mama yg lahir ke dunia ini..dn mama akan terus sayangkan sufiya selagi hayat mama di kandung badan...

Sunday, April 11, 2010

Baru Pulang dari Berkursus...

Bestnya kalau dpt rehat di pergunungan salji nih kan...sejuk minda...:)
Baru ja lepas balik dari berkursus kt Penang...5-8 April ..sebelum tuh lom abis lagi lelah aku ngan pendaftaran kt UUM dn kelas..pada minggu sebelumnya...
Balik ja dari kursus aku uruskan hal rumah baru...pergi survey /beli downlite lampu la.kipas syiling la..ngan huby aku..pastu umah lak still tunggang langgang tak sempat nak mengemas lagi...huhuhu..
letih la Allah sahaja yang tau..minggu depan kena pi sekali lagi kursus..Secretary's week kt Penang sekali lgi..aku cam rasa nak ekuisme ja dari pi kursus tuh..sbb badan aku skang nih agak weak..seriously..kurang bermaya...nak mkn nasi pun kurang selera..
kepada kengkawan..aku odw nk blogwalking blog anda..windu nak terjah ..almaklumlah lama outstation kan...:)

l

Thursday, April 01, 2010

My HERO..

wah..macho betui la hero pujaan aku nih..aku mmg minat tui ngan Mike he Jun Xiang nih..hero ensem dari Taiwan...
Wajah2nya Mike He...wah membuatkan ku tertawan..(tertawan lam drama je..kt luar of course la suami terchenta..heheh)


Tapi sayang dier dh ada girlfrend ..nih la raine yang..heroin citer DEVIL BESIDES YOU..
emm tak silap aku..aku penah publishkan pasal hero nih kt fotopages aku..skang nih aku tgk balik cd2 nih kali yg ke berapa tah..tuh la membuatkan aku mengingatinya semula..skang nih dh episode 14 aku tgk drp 20 episode...
Then, 2, 3 hari lepas...aku pi jenjalan kt Pacific ronda2 kedai dvd cari citer lakonan dier gak..WHY WHY LOVE..sayangnya semua yg aku survey tak dak subtitle melayu maaaa....aku tak pham cakp cina maaa..takat..sikfan..ye ye..toche..aku tau la heheheh...