Monday, September 30, 2013

KOPI @KOPIKO



Assalamualaikum ............

KOPIKO L.A Coffee.....mmg sedap...sebagai peminat kopi tegar mmg la disuggestkan kepada penggemar yang sealiran dengan aku..:))

kopi nih aku tinggalkan kt ofis...sebb senang kan..nk minum just tuang lam mug and dh pun siap..cicah ngan biskut hup seng ..tatkala perut tengah berkeroncong tatkala jam 3.00 petang onward mmg la ohsomeeee..hehe...
 Kopi nih mmg sedap..aroma dia kalau bau mmg terangkat..satu ofis beb..:) dan harga pun berpatutan..ada 24 sachet lebih kurang RM11.90 ja..murahkan...

ooo...speechless la hari nih..cam no idea lak nk mengarang..pepun...love this coffee..kira pengaruh iklan kt tv mmg kuat la..aku pun nk try hingga terbeli..hehe..

ok daa..no words..

Nota: kawan2 mari kita sedekahkan Al Fatihah buat ibu bapa kita sama ada yang hidup atau meninggal dunia..al Fatihah...

Sunday, September 29, 2013

LUNCH DI MARRYBROWN

Assalamualaikum

Ahad..permulaan hari untuk aku bekerja di minggu ini..Alhamdulillah good starting dengan bacaan Yasin di pejabat sebagai rutin biasa bagi staff di ofis ku...hari ini lepas baca Yasin terus breakfast dek kelaparan yg melampau..huhu..besalah..perut nih kalau tak lapaq tak sah..


Ok make it short...just nak share hari Jumaat dua hari lepas...husband ajak lunch kt luar...so kami pilih MARRYBROWN kt Giant, Souq Albuqary...

antara menu yg kami order...


First trial: fillet fish MB..not bad..sedap gak...:))
alooo tomey2 ..ni smiley potatoes...anak2 suka la...


menu utama of course la NASI AYAM MARRYBROWN kan..mmg sedap..then bubur Marrybrown pun best..mmg la recommend ......tgk anak teruna aku ..asyek tgk si babah yg tiup bagi kurang skit panas...sabaq ya nak..
yang penting anak dara kecik aku nih dok diam lam baby chair nih..kalau tak mau dier pun shuffle merata la ..sabau je la..pepun tq laling kecik manja wangi mama yg tersngt baik...
 
* foto mama and kak pia takdop la pulak..sob sobs...
 
 
 
Pepun yang penting anak2 happy kan...
 

Thursday, September 26, 2013

JOM KE SPA..



Assalamualaikum

Dah pun khamis kan...cepat nau masa berlalu..its means esok cuti la .rest day for me yg dok belah utara nih..rest tak rest..keja kat umah melambak dan selambak menanti..takpa ada kak pia n babah yg setia bergotong royong bersama mama..


Need some break and peaceful............rasanya nk ke spa...last pi bulan 5 ritu..wat treatment muka and urutan badan...humai dh 4 bulan dh nih.....kita ni keja penat2 ..bagi aku kena la reward diri kita..sebagai orang pompuan kan...tui tak..ada yg jadi suri rumah..ada yg keja private and so so on..tak kisahlah keja motong getah sekali pun..kena reward gak diri sendiri yg penat keja..hat dok kampong cara kampong..munkin pi cari tok bidan mengurut ke...betui tak..

Aku mmg suka sangt manjakan diri aku nih.sekali sekala ke saloon urut2 kepala...............ke spa...baru2 nih aku ke meditasi spa..nama spa tuh...Amber Kesturi..yg urut tuh lak nama akak nelofa ko...dier cam mixed Arabian skit la..mmg sedap sngt urutan dia.........

Penat woo keja..kadng2 bukan penat kt ofis saja..penat ngan hal anak2 yang rutin yang tak berubah..tp tuh la kan..anak2 harta yang ternilai bagi kita yang perlu dijaga dn kita lindungi..kadng2 aku nih kuat gak bebel...yer la anak2 kan suka sepah2 la ..bising..gurau2 yg ter hover gitu...so mmg naik hangin dn stress gak lak...so bila ke spa  nih leh la relaxkan minda luar n dalaman...

Ingat..cantik bukan sekadar luaran tapi emosi juga perlu dijaga..moh kita ke sepak..eh spa..hehhe:)

Tuesday, September 24, 2013

YURAN SEMESTER 10 UUM

Assalamualaikum

its Tuesday..how fast time flies...hari ini aku dh settlekan bayaran yuran untuk semester 10 aka my last semester ..inshallah...sejak semester 1 hingga 9..MARA covered...tp for last sem aku kena byar sendiri..untuk 3 subjek 9 credit include duit library and so so on..jumlah RM1,378.00..gulpp..oowh my money..huhuhu..then rupanya aku leh claim balik duit aku balik tp kena isi form yang sngt2 la memualkan..mana tak memualkan okey..sngt complicated..huh...geram mak dibuatnya...aku nih kategori yg agak malas nk isi2 form bagai nih...ok fine aku akan isi form2 tu slow2

Mak call kemarin katanya surat dari UUM dah smpai then aku semak jadual untuk kelas aku...Jumaat and Sabtu..Jumaat pack dari pagi hingga petang..then hari sabtu siang free dari kelas tapi malam ada kelas..humai la..dah la esok tuh keja lak..huhuhu..mjur la UUM nih buat kelas sebulan sekali..tuh aku suka tuh..kalau U lain mau tiap2 minggu............tapi tu ar every class kena cover untuk 4 jam..hamik ko..tapi tuh la ikut kita la..cam aku tak la betui nk terpacak 4 jam..aku release kan diri dengan keluar minum2 jap..ke rest room and so so on...apapun..focus utama pada asgment dan midsem exam and of course final exam....

berkobar2 lak nk masuk kelas untuk final semester nih..cam di awangan lagi..is it my final sem? ooo betui..mmg betui..moga Allah permudahkan segalanya..amin..

 
this is my pen..pen yang sngt berjasa pada daku ketika di musim exam..TIPS: buat nota warna-warni bagi menarik minat kita utk membaca..:))

My nota ..masa lam class...

Monday, September 23, 2013

DUIT LAGI...

Assalamualaikum

pagi2 tadi cam biasa hidupkan enjin keta..çeh ceh..ceh..aik kepelikan..awat tak mau hidup ...panggil husband (dia cuti hari nih sbb nk amik Test..so kena jumpa lecturer dia)...husband tegur kata kelam kabut sngt time hidupkan enjin..haish..ke situ lak..dh lama dh isterimu nih drive kan..takpa la at the end..leh gak hidupkan enjin keta...hankut anak2 semua masuk keta..yang mamun2 bangun tido ada..yg berlari2 anak pun ada..cam2 peel budak2 nih...pastu singgah dulu beli nasi lemak habuan kt pia..then tadi dah tapau nasi goreng buat anak2 kt taska (yg digoreng malam tadi..dn dihangatkan pagi nih..) boleh la kan..tak sempat awal2 pagi hari..(kalau bangun sebelum Subuh dan la.ni dh kui 6 baru nk terpacak bangun kan..

Then hantar kakak ke sekolah..teruskan pemanduan ke taska adik2 lak..gitu la rutin ku seharian ..penat wooo..kalau dpat gaji beribu2 nih..hahaha..tp tq gak kt suami yg belikan kuih2 kt anak2 di waktu pagi..then tengahari rutin beliau mengambil sufiya di sekolah dan di hantar ke taska untuk transit lak...

haish..bebel byk lak pepagi nih kan....nk citer bab duit yg pasti akan terbang dua hari sebelum hari gaji nih...ok sambung balik..sampai ja di ofis..aku test start enjin keta lagi...humai..çeh ceh ceh..dn ceh lagi..kompem bateri...almaklum la bateri keta aku dh 2 tahun lebih..so bagi hint kena tukar la tuh...

so tanpa lengahkan masa call husband menceritakan hal masalah Negara aku nih...dia kata satgi dia nk mai tgk dn bawak ke workshop..pastu pe lagi teruskan jumpa lecturer dia (pukul 2 dia gitau aku..ooo ok la sempat la tolong isterimu ini..

emmm adoi duit lagi...terbang melayang di awangan..(tq pada suami yg tlong tukarkan kusyen keta , radio dan service keta baru2 nih..lebiu ....) Nih kena tukar bateri keta lak abang oii..

*** kalau la pokok yg kita tanam jadi duit kan..*** hahaah...




agak2 nya..bateri keta jnis kering ke atau basah yang ok??

Sunday, September 22, 2013

KAYA DI DUNIA MUFLIS DI AKHIRAT...




Sebagai perkongsian ilmu bersama...
diakses di www.maranet.gov.my
sharing is caring...Ya baik dari Allah swt dan yang serba kekurangan dari kita hambanya..
 

 
Sebagai seorang Islam kita seharusnya bijak melayarkan bahtera kehidupan ke arah yang benar mengikut petunjuk yang telah digariskan oleh al-Quran dan hadis. Untuk kita sampai ke destinasi akhirat maka hendaklah kita beramal dengan seberapa banyak amalan kebajikan dan sentiasa berada dalam keampunan Allah SWT semasa hidup di dunia. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hadid ayat 21:

Maksudnya: Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya;.



Banyak ayat al-Quran menggambarkan kepada kita perihal mereka yang melakukan dosa akan menjadi cemas, takut dan merana apabila dibentangkan buku catatan amalan mereka di Padang Masyar. Insaflah bahawa segala amalan kita di dunia ini akan diadili di akhirat nanti walaupun ianya sekecil zarah. Ketahuilah bahawa setiap amalan dan tingkah laku kita semuanya dicatat oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT. 2




Namun persoalannya pada hari ini ada di kalangan kita yang kaya di dunia tetapi tidak bersedia untuk menghindari muflis di akhirat. Mereka menikmati pelbagai kemewahan kurniaan Allah SWT di dunia, tetapi tidak bersyukur dan mengabaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan mengkianati amanah sesama manusia. Dalam mengejar kemewahan mereka lupa mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan sebagainya kerana sibuk dengan pelbagai urusan duniawi. Selain itu, mereka juga tidak prihatin kepada hak-hak sesama manusia, hak-hak golongan fakir, miskin dan anak-anak yatim. Malah ada di kalangan kita menzalimi sesama manusia. Ketahuilah bahawa gaya hidup sedemikian akan menjadikan mereka muflis di akhirat.

Nabi SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Iman Muslim RA memberi amaran kepada kita tentang berlakunya gejala muflis di kalangan umatnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda". Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka."

(Riwayat Muslim) 3




Berdasarkan hadis ini, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis di akhirat adalah berasal daripada mereka yang memiliki pahala seperti pahala solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Bagaimanapun, semua pahala ibadah mereka itu habis kerana digunakan sebagai membayar ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikianati atau dizalimi. Di samping itu, mereka juga dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi. Alangkah ruginya golongan muflis ini, kerana walaupun mempunyai pahala kerana mengerjakan ibadah dan bermacam-macam kebaikan, namun akhirnya menjadi kosong kerana diambil oleh orang lain sebagai ganti rugi dengan sebab kesalahan terhadap orang lain atau kezaliman yang telah dilakukan.
 
 
 
Dalam kehidupan sehari-hari kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan dosa, terutama dosa sesama manusia. Namun kenyataannya pada hari ini segelintir daripada kita secara terang-terangan melakukan pelbagai kesalahan kepada orang lain, antaranya;

Pertama: Mencabuli kehormatan dan harga diri melalui fitnah, mengumpat dan mencaci.

Kedua: Merosakkan harta benda dengan merompak, menyamun, mencuri, menipu dan sebagainya,

Ketiga: Mencabuli keselamatan dan kebahagiaan dengan cara keganasan, penderaan mental dan fizikal, pukul, bunuh, perbuatan sihir, ilmu hitam dan sebagainya.

Keempat: Merosak rumahtangga melalui perbuatan curang dengan suami atau isteri yang menyebabkan runtuhnya institusi keluarga. 4



Jika kita miskin di dunia masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat? Siapakah yang akan bersimpati, siapakah yang akan menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita daripada azab seksaan neraka Allah SWT?

Justeru marilah sama-sama kita menghitung diri kita, adakah kita sudah berada dalam gaya hidup yang diredhai Allah ataupun gaya hidup yang dimurkai oleh Allah. Andainya kita telah berada dalam keredhaan Allah, maka kita pertingkatkan dan gandakan lagi agar ianya lebih mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. Andainya kita menderhakai kepada Allah maka bersegeralah kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah, mudah mudahan kita diampuni Allah dan dilimpahi dengan kehidupan akhirat yang penuh dengan nikmat.


 
gambar sekadar hiasan
Oleh: Ust. Abdullah B Samsudin

KAMERA TERCANGGIH...

Tajuk tak leh blah kan..heheh..sebenarnya..just nak share..kamera pertama aku...seingat aku memory ini masih segar dalam ingatan..masa tuh waktu petang..ayah, adik aku mila yg masih di darjah 1 dan aku di tingkatan 1...ayah bawa aku ke Pekan Langgar, tibanya kami di Pekan Langgar, ayah bawak ke Kedai Foto dan cermin mata ...masa tuh ayah tanya nk tak kamera...apa lagi aku dn mila anggukkan lah..sebelum nih selalunya tumpang kamera kawan2 ja kan...akhirnya ayah belikan kami kamera ini..RM70 ringgit sahaja..murahkan..(rasanya skang dh RM30 gitu ja kot)...dengan berbekalkan filem@kodak..kami pun mula la sesi mengambil gambar..di celah2 pokok bunga..di tepi2 batu..di tepi sawah padi..heheh..maklumlah cam kadok la jumpa kamera nih..hahaha

emm setahu aku..album gambar aku dn family sangt byk ..iya la dulu kan msti cuci gambar pakai filem tuh kan.skang ni semua dh digital..serba moden..gambar2 dh tak dicetak..sebaliknya di simpan lam pc aja kan...rindu sngt momen2 cuci gambar dulu2..ingt lagi..kalau bwk ke kedai gambar msti dapat free 3 keeping free untuk cuci yg gmbar saiz besar...

Dulu2 asal cuti sekolah ja..mak ayah msti bawak aku jenjalan tak kira la Kelantan, Terengganu, Penang, Perak dll lagi..kami msti bwak kamera untuk mengabadikan momen2 itu...ingt dan kenang balik rindu zaman kanak2 ku...yang penuh warna warni..

K...tgk lah kamera 'tercanggih'ini...masih ada lagi sehingga hari ini..kalau test boh Kodak nih jalan lagi kot..:))

JAWATAN KOSONG DI TABUNG HAJI

Pemohon-pemohon yang berminat boleh menghantar `resume’ beserta Sijil-Sijil Akademik Dan Sijil-Sijil Lain yang berkaitan dan sekeping gambar terkini berukuran pasport serta menulis nama jawatan yang di pohon pada `resume’ dan sampul surat selewatnya-lewatnya sebelum atau pada hari Isnin, 23 September 2013, jam 05:00 petang ke:-
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Lantai 27, Lembaga Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50400 KUALA LUMPUR
2.2 Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 23 SEPTEMBER 2013


Iklan dari website tabung haji

Jawatan: SETIAUSAHA (KONTRAK)

Assalamualaikum

Kebetulan hari ni aku ada urusan di Tabung Haji..then balik ja ke ofis teringat nk call balik TH ..so bukak la website..then ada iklan untuk jawatan kosong nih..so kot sesiapa yg berminat..atau adik beradik yg ada sijil@diploma kesetiausahaan leh la mohon..

Emm best kan..kalau kerja tabung haji..inshallah cepatlah kita ke Mekah..:)))


Thursday, September 19, 2013

BLACKMORES VITAMIN C

Saya recommend sebagai wanita terutama dh agak meningkat usia... ops....tapi tuh la cam aku nih dh masuk early 30 dn anak tiga nih mmg perlukan supplement untuk bagi stamina..untuk kulit and so so on kan..

Then, aku jumpa doctor yg panel klinik aku pun cadangkan aku amik vitamin c yang 1000mg..so just nk share..aku amalkan vitamin c dari blackmores..mmg bagus la untuk kulit..tambah2 cam aku yg mmg dok hadap pc dan dok lam ekon gini kan..mmg la perlukan supplement cenggini..

aku dok cadang2 jugak nk makan Evening palm oil (EPO) gak..bagus untuk mengurangkan paras kolestrol and untuk kulit...

Kadang2 kita sebagai orang perempuan bukan nak cantik luaran tp dalaman tui tak...utk kepuasan diri dan dn of course buat somi kita...tuh semua atas diri kita sendiri...letak ke tepi alasan tak ada masa itu semua...Allah swt berikan masa 24 jam pada kita..so gunakan sebaik mungkin..solat 5 waktu, bersantai bersama anak2..keluarga...membaca buku..buat kerja di ofis..di umah...bebel lak mak jemah nih ...:)))

sharing is caring..harap dpt membantu ....

BAHASA TANGISAN BAYI

Assalamualaikum

apa habaq semua..me ..ok aja..sihat walafiat..anak2 pun ok..cuma baby ja cam  hangat2 tubuh skit..haih..kecik2 tera tuh la kan..

btw everyday as usual..aku mmg wajib baca paper selalunya UTUSAN, STAR & BH..so hari ni just nak sharing di akhbar utusan tentang bahasa tangisan baby...hampa jgn dok igt depa@baby keriau saja2 tau...tp disebaliknya ada tersirat ok...

check this out..

**** Tangisan bunyi "neh'bermaksud bayi lapar

**** Tangisan berbunyi 'owh'bermakna bayi mengantuk

**** Tangisan berbunyi éairh'menandakan bayi anda kembung perut.

*** Tangisah berbunyi "heh'itu tandanya bayi tidak selesa (kebasahan@ keberakan

*** Tangisan berbunyi éh"bermaksud bayi perlu disendawakan (ada angina)

woooow...baru aku tau..selamanya kita just teka dn tinjau keadaan baby kita kan..apapun yg penting sebagai mama kita sentiasa perlu peka akan kehendak dan keperluan baby kita..and and more yg aku perasaan..baby nih kalau mama mereka tak selesa contohnya..dalam keadaan stress, kepanasan..turut effect kepada baby kan...

gambar hiasan: baby sufi amira..:)))

Wednesday, September 18, 2013

#WW wordless wednesday:mama& my boy



mama & safiiy ammar..

Anak tunggal lelaki mama yg sangt la manja ...I love u cayang...with all my heart!!

AUTUMN DI NEGERI KEDAH..

Assalamualaikum semua...just nk remind jangan lupa sedekah AL Fatihah buat ibu ayah kita sama ada hidup atau telah tiada...al fatihah...

C...foto kt atas nih cantik kan..panorama alam yg sempat aku snap sewaktu pagi2 ketika aku ke pejabat.....autumn di negeri Kedah.  (foto nih a few months ago..baru nk share)...before nih aku share kt fb and insta...

tapi kt Alor setar..kalau tiba musim ala2 autumn gini mmg cantik..cam gaya kt obersea lak kekdahnya hehhe..cantik..emm bila la dpt nak pi Europe nih..fuh..inshallah one day fyzz..


Byk tui agenda yg perlu disettlekan minggu nih..tak sempat aku postpone ke minggu depan..

- bayar Yuran UUM kt Bank Islam
-Bank in duit raya anak2 kt Tabung Haji..

and so so on...emmm hari nih dh 18hb kan...lagi dua minggu lebih akan start semester baru a.k.a my last semester session kt UUM..moga Allah beri aku ketabahan dan kekuatan..amin amin yaroballamin..
eh hampa dh makan..aku lom..so lapar...:(

Ok la daaa...

Tuesday, September 17, 2013

POPIA ABU..mesti try..

Popia Abu in da house..


Assalamualaikum semua..selamat Hari Malaysia u Ols...semoga Negara kita akan terus aman makmur..amin

Kalau kawan2 mai belah aloq setaq nih kena pekena Popia Abu nih..and fyi popia abu nih sngt la sedap ok..dn menjadi favourite our Sultan @Agong jugak tau..tak caya cee surf pasal peberet Sultan Abdul Halim muazham shah..

baru2 nih aku makan ngan husband kt Kopitiam Alor setar nih..so sedap ok...mmg isi nya yg lembut dn skit kenyal..kuah kacang yg ala2 pedas manis..sweet sour gitu...

emm...mmg yummeh ok......so kalau mai Kedah jangan lupa pekena Popia abu...tak rugi woo..

.(lapo la pulak pepagi gini)...

Sunday, September 15, 2013

RESULT SEMESTER SEMBILAN (9) UUM


Pics nih aku snap masa odw balik dri exam UUM baru2 nih..Rumah warisan di Changlon...cantikkan..


Memory..tak sabar nak pakai jubbah konvo and ''mortarboard' again..inshallah..


Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan  aku..syukur sesangat aku telah berjaya lulus dengan jayanya untuk semester 9 di UUM........inshallah ada lagi satu semester ..dn journey aku sebagai student PLK UUM akan berakhir April 2013...
Ranjau onak liku yg aku tempuhi mengajar aku bnyk erti kekuatan...sebenarnya jika kita menyambung pengajian tak bermakna kita ingin mencapai pangkat yg lebih tinggi atau sebagainya..tp kita menyambung pengajian atas dasar ingin melihat kemampuan dan keupayaan diri kita.

bagi aku..aku smbung pengajian adalah untuk memberi motivasi pada anak2 aku..melihat kejayaan mama ...dn ingin menambah ilmu pengetahuan yang byk kurangnya pada diri aku ...

airmata dn perit getir melalui pengajian mmg mengajar aku betapa besarnya pengorbanan aku dlm hidup..antara suami, anak2, ibu ayah..dn rakan2 ....terima kasih sgt2 kepada yg selalu memberi kata2 semangat pada aku...kadng2 aku lalai..kalah pada keadaan..bila situasi aku menghadapi tekanan dengan pensyarah, kelas dan asgment2 yg diluar kemampuan aku..kadang2 aku hampir rebah...tapi aku bangkit semula dengan motivasi dan kata2 semangat yang keluar dari mulut keluarga dan rakan2 aku..tak kira di alam maya dan rakan2 seperjuangan yg lain.

mana tidak..setelah hmpir 4 tahun lebih aku menyambung pengajian..terlalu ramai2 rakan2 aku berhenti separuh jalan..aku teruskan perjalananku demi masa depan yg lebih baik..inshallah..Allah swt sahaja yg mengetahui dugaan yg terpaksa aku galas..dengan anak2 di rumah yg perlukan perhatian...mungkin ramai tak percaya..aku cuma mengulangkaji pelajaran di pejabat (pada waktu2 rehat )..bagi aku kesemua itu aku akan kutip dn akan ku ceritakan pada anak2 ku...kejayaan tak akan dtg bergolek tanpa pengorbanan dn kekuatan..

Kawan2 aku pakat ajak sambung master..emmm masih lam fikiranku..mampukah aku????



NEXT HOLIDAY?


Memory ke Hatyai, Thailand bulan 5, 2013....

Assalamualaikum

Selamat Hari Malaysia...esokkan...semoga Negara kita akan terus aman dan makmur..

Ooh hooo...I next some break..maybe ke satu tempat yg menyenangkan...semuanya masih dlm perancangan..yg penting dpt bersama ngan family tersayang kan...

Penat2 keja..kita kena la reward diri kita jugak kan..ok la...any idea tempat2 mana yg menarik...? Paris, London..ohh no...tuh masih di luar kemampuan ..ala cuti2 Malaysia pun best kan..

Thursday, September 12, 2013

MEMBACA JAMBATAN ILMU..

Assalamualaikum semua...

dh Khamis cepat masa berlalu...hari nih last day keja..esok dh cuti...well just nak share aku mmg tersngt suka membaca ...tak kira apa jenis bahan bacaan paper, magazine, novel, motivation book ..tp bila time buat asgment..aku terpaksa memaksa diri membaca jurnal2 dan artikel yg heavy ..oh noooo noo..tp pepun ttp membaca..

Budaya @ sifat membaca aku yg tinggi nih sejak aku sekolah rendah lagi..tmbah2 masa darjah 6 aku dipilih sebagai Ketua Pengawas Perpustakaan, mmg time tuh aku 'menguasai' library di sekolahku...mmg extra buku la yg aku pinjam.......smpai satu tahap mak aku mengamuk dek kerna keralitan aku membaca...(tuh citer dulu..mak aku marah bersebab..mana taknya anak dara dier asek dok baca novel2 ja kan..keja2 umah terabai...jangan meniru aksi sebegini ok..

So..bila dh dewasa..dh kawin semua..aku msih meneruskan minat membaca...di rumah ada satu almari @sudut yg aku sediakan sebagai ruang bahan bacaan aku..mcam2 buku dn majalah ada..buku masakan pun byk hhee...senang nk rujuk..kebetulan sudut nih dekat ruang makan dekt rumah aku..anak aku terutama sufiya pun rajin baca...tak dilupakan buku2 ilmiah spanjang pengajian aku di UUM pun ada..tpi yg uitm dh non ado...sbb aku jual kt junior dulu..so menyesal hokey..sobs sobs..

Ya..nih hobi mak ton...nk wat camner kan..kalau sesapa yg tak minat msti tak terjebak cam aku..tp tuh la everybody have their own interest rite..so just respect what people did..bagi aku membaca nih tak rugi..alas an tak ada masa..tak sempat adalah sekadar alas an..Hendak seribu daya..taknak seribu dalih.. am I rite..so mengambil kesempatan cuti semester nih.aku baca novel lak...SUAMI AKU USTAZ..fuh..tak hengat kan..dh lebih half way..aku baca kt ofis..time break atau sebelum kui 8 pagi..hehe...kat umah diganggu oleh áskar2 kecik'...novel nih kena baca sorang2 tanpa ganguan kan..:)

Apa pun...kita perlu tanamkan sifat suka membaca..bukan pada kita aja tapi pada anak2 kita jua...bak kata pujangga.......Carilah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad..maksudnya..carilah ilmu dengan bahan bacaan yg berguna dn berfaedah..demi untuk kelansungan hidup yg bermakna..eh hat baca novel tuh.....ok gak what..kdgn2 sebagai panduan pada diri kita..contoh suami aku ustaz..byk memaparkan etika2 wanita Islam yg sejati..just want to share...

Ok la..daaa...need to break for my bfast..:)

Di bawah antara bahan bacaan favourite daku...
 
Sgt bagus utk kita yg bergelar ibu...kadng2 kita lupa adab dn cara sebagai muslimah sejati..melalui bacaan spt ini dpt mengingtkan kita kembali..inshallah



My kiddos..kena la juga ada kan..contohnya nih hasil rembatan di Popular baru2 ini..c...ada buku 1hari 1 resepi..Sihat itu Mahal...(love this book...diet pling baik..antara yg di share adalah berpuasa..for more info kena beli..
 
msti ramai dh baca..tp aku masih lagi dimukadimah..hahaha..
 
 

 
sedang membaca......ada lagi suku....best jugak..not too bad...

 
This is one of my favourite..anak2 adalah anugerah Allah swt...berilah peluang dn ruang pada mereka utk mengetahui apa yg diminati apa yg disukai...bicara dengan cara yg terbaik untk mereka akrab dgn kita...kena baca for those yg mak2 like me..heheh

The corner: sudut bacaan yg meletakkan beberapa buku dn majalah aku..salah satu corner kegemaran di teratakku...

Wednesday, September 11, 2013

KOPI MAK DARA...

Sebagai penggemar kopi ..kopi mak dara adalah recommended...sebb rasanya sedap..aromanya memikat dan byk khasiatnya..very good for mak mak..like me..hehe.(next plan jamu mak dara...)

ada 20 sachets dn harganya RM 17 ...

Just sharing.....time to balik dh....daaa

INJECTION 1 TAHUN ANAK

 
2 bulan

 6 bulan
1 tahun...
 
Assalamuaikum..hujan masih renyai2..hari ini mmg hujan tanpa henti..sedari subuh tadi..biar la nk hujan..itu semua rahmat dari Allah swt pada umatnya kan.
 
.ok nk citer aku baru ja masuk ofis lebih kurang pukul 10 lebih tadi...alkisahnya hari ini aku ke Klinik Kesihatan untuk injection puteri aku..Sufi Amira...sepatutnya 3 bulan lepas inject utk setahun..tp memandangkan sufi amira asek2 tak sihat maka ditangguhkan ke hari ini...ajak en somi temankan ..tp tak dapek la pulak dia ikut sbb ada hal di tempat kerja..(takpa dh biasa).....so terpaksa la aku bawak ke semua mereka meredah hujan petir tuh..huhuh
 
mujur la sufiya ada..so leh la tolong2 mama..hari ini kelas sufiya bercuti sbb memberi laluan pada kakak2 yg amik exam upsr...kami keluar umah lebih kurang jam 8.15 pagi..singgah sebentar kt kedai..beli roti habuan alas perut anak2..hujan masih menari2...tempias anak2 aku ngan anak2 hujan walaupun berpayung..risau mak ..takut2 anak demam..:(..
 
Smpai di klinik...mujur orang tak ramai..duduk tak smpai 5 minit dh dipanggil nama sufi amira dn saffiy ammar...si abang pun aku join sekali check up..rini si abang makan ubat cacing...first sekali pelatih2 staff nurse kot..amik berat dn ketinggian anak2..sufi amira baru ja 9.5kg..kecik comey ja kan..si abang pulak 15 kg..abang sihat sikit sbb mmg selera makan dia mmg menjadi2...pastu dh siap check up bagai..terus ke bilik 5 untuk sesi perjumpaan ngan nurse ..time nih mcam2 la diorang tanya hal anak2 ..aktif kah...minum susu apa..dll lagi...sesungguhnya nurse2 tadi tersangat baik..tq yer...
 
akhirnya last sekali ke next room untuk injection baby..alahai ciannya anak mama..kali nih bkan kt paha..tapi kt bahu..jenuh pelekoh la..maklumlah nama ja kecik ..tp jenis agresif..kira bersilat kuntau gak aku tadi..mana nk kepung si abang yg super aktif tuh gak..hbis menan2 lam bekas misi nk dihangkutnya balik..sabo je mak jemah...
 
Ok la.akhirnya..dh anak teyak serba skit..kami pun balik ke nursery.....aku pun pulang ke ofis ngan bekal nasi campur n radix panas..maklumlah tak sempat dh rini nk berdating bagai ngan husband..so makan la aku kt pantry bertemankan kawan2 ku..
 
So next appointment bulan 12 nih lak......syukur sesangat anak2 sihat...dn aktif..dn mengikut perkembangan yg sempurna..alhamdulillah

Tuesday, September 10, 2013

PATI MUSTAJAB...

Lunch hour tadi set ngan kak ida teman berjalan2 time tengahari...aku as usual lak..tengahari msti kuar cuci2 mata dn besalah..ada2 ja yg aku beli..selalunya aku beli makanan ringan utk anak2..keronsang..dll lagi yg tak haper2 kan..biasalah hobi aku..tapi beli ala2 kadar la.(ops nih kan dh nk tengah bulan kena jmat2 okey..peringatan buat diri sendiri..hehe)

Ok tadi aku ke Stokis kawan aku...hajat di hati nk survey2 jamu Mak dara u ols..tapi terambik la pulak pati mustajab ini...aku amik yg extra hot..yg kaler merah...........mana taknya aku perut aku naik skit nih..haitttt nih plg aku risau ok..tang perut tuh la..as far as I concerned ..perut kena dijaga..jika tidak boncit..yokkkk boncit preggy takpe nih..alahai..so takpa lengahkan masa malam nih before go to sleep mmg kena sapu la.....

my review pasal pati mustajab..aku mmg dari dulu gunakan pati mustajab nih..pernah aku beli yg tiga set..kaler hijau...kuning n merah..tapi hari nih beli yg merah ja extra hot..harga pun murah RM24..tapi kawan aku yg baik hati tuh baik RM17 je..thanks lela..leb yu beb.........

before nih aku guna fellina..tapi dis time guna balik la pati mustajab..di samping harganya yg agak murah byk daripada fellina...........tapi ingt..sapu ..tonggang sebotoi pun tak guna ok..jika dok minum ais byk2...then tak wat seat up.....aku sebenarnya..bab ais nih mmg kurang skit..kalau tingin tuh semiggu ..sekali atau dua je..then bila sedaq diri perut dh cam preggy 2 bulan..terus la pulun wat seat up..huh...

Ok la yer..pd kengkawn yg ada masalah peyut yg sedkit memboncit..sila la gunakan produk ini tanpa rasa was2 yer..maybe serba sedikit boleh membantu di samping senaman dn pemakan yg sihat...

UPSR..bermula hari ini...

Assalamualaikum..hai semua..apa kabar ..sihat? aku ok je..masih lagi meneruskan hari2 dengan penuh kegembiraan..(kena la happy2 kan..tak mo sedih2...no no no..bak kata anak aku yg kecik tuh..:))

well,comey kan kartun ulat buku kt atas nih...tengah mentelaah kekdahnya..hehehe...hari nih bermula la UPSR..msti suspended kat anak2 yg darjah 6 and of course yg paling suspen dan gelabah of course la mak ayah ..kan kan..tak caya cee tanya diorang..aku masih lom bekesempatan lagi sbb sufiya baru dajah 2...tp tuh ar..katanya pihak kerajaan akan mansuhkan upsr nnti..emm tak syoik la gitu kan...harap2 tak jadi..

moga anak2 yg mengambil exam, yang bermula hari ini for the first paper BM pemahaman..aunty fyzz wish all of u all da best...yakin pada diri sendiri..tawakal..solat dn berdoa pada Allah swt.inshallah akan mendapat kejayaan..amin..

bagi aku sendiri..aku masih lagi ingt detik2 aku mengambil exam UPSR 20 thn lepas..masa tuh tahun 1993...nk kata segar dalam ingtan tak la jugak..tp seingt aku..sejak darjah 5 mak aku dh hantar aku ke tuisyen persendirian...dulu 4A ja..bukan 5A cam skang nih...dulu tuisyen bukan setakat hari minggu tapi hari sekolah pun ada..emm so adik2 ..aunty dh pernah merasa ok..betapa penat nya belajar tatkala itu..cewah...Alhamdulillah..rezeki aku cuma mendapat 2A 1B 1C..ok la kan..A tuh of keros la BM then B English..tak tak best C tuh math..huhuhu..mmg tak baper nk terer la math nih..mmg sejak azali..:(...........then lepas tuh dpat offer Sek Men Dato Syed Omar..form 1 aliran agama ....tp yg ralatnya..dh dpt offer sekolah tu..mak aku tak izinkan lak...sbb beberapa factor..first..sekolah sebelah petang dan risiko2 kesosialan ..social..hahah..tuh la..akhirnya bersekolah la aku di kampong sahaja...aceh panjang lak citer aku kan...

Last but not least..........moga calon2 UPSR akan berjaya dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah anda..ada ke rakan2 blogger yg anak2 amik exam hari nih..?

Monday, September 09, 2013

BOSAN DENGAN FB??

Assalamualaikum semua kabare??

Hujan la...tp renyai2...tadi lunch hour keluar ngan kak Is..Pegawai tadbir kt ofis aku..tq kak is belanja I makan..hehe..kt Nasi Padang..well Alhamdulillah kenyam mak temah..

actually aku baru ja bukak fb jap..tgk jap ja..skang nih mmg jarang bebeno bukak fb..gi pun kt rumah limited ngan hal anak2 kan..so kt ofis lak..mmg line kena block kecoli time break.td bukak la jap..tp tuh ar.....rasa bosan la..bosan ngan status yg kadang2 tak haper2..rasa cam so weird..kadng2 nak menempelak somebody tp di letakkan di status...for what..cam nk tunjuk diri bagus2 pun ada ..donia ..donia..

tapi bagi blogger cam aku..paling selesa mencoretkan di arena blog..nmpak skit skill menulis yg cam penulis novel tak bertauliah nih..heheh..gelak kecil..tp tuh ar..manusia nih berbeza2 perangai dn peel kan..so lantak kat depa la ..ada aku kesah...tak kesah pun ..yang penting kita bahagia tak gitu...

Fb nih kdng2 meralitkan kita ja..sama la cam instagram...twitter dn seangkatan dengannya..kadng2 benda cam tuh la buat kita alpa ngan hal anak2 ..family..aku akui kadang2 aku pun terbabas..huhuhu...ok tak salah nk ber fb..blog bagai..tp ingt jangan abaikan family, anak2 dn hal keja..priority is priority kan...

what ever terjadipun..I love my blog..leh gitu..pejam celik pejam celik dh 5 tahun jadi blogger yang kurang tegar ..:))))

ROTI CELARU...

roti celaru..mabeles


Assalamualaikum semua..

adey la pedih perut..menantikan suami yg dtg untuk breakfast sama2..as usual hari2 msti bfast ngan suami..mujur la ofis kami dekat kan...(amik kesempatan berdating sbb kat umah tersngt bz ngan hal anak2..:)


husband call tadi..katanya dia nk bungkuskan roti celaru (spt foto di atas) makan kt kedai kt ofis aku ja..senang skit kan tak yah pi jauh...

Well just nak share..kat belah2 aloq setaq nih..mmg area Simpang kuala..nama warung Teknik tak silap aku ada jual roti celaru@roti canai nih..series wey...tersangt enak n yummy........roti canai...then teluq mata..cmpur sardine n kuah banjir........mau terliuq tersangt sedap ya amat ..tak tipu..ini betul2 sedap..kebanjinran kuah..dengan kuah sardine dn isi2nya...fuh terangkat atas bawh hujung beranda..ok la ya..nk pi mam mam dulu..adios..

Thursday, September 05, 2013

SUFI AMIRA TURN 1 YEAR & 3 MONTHS

Assalamualaikum

Wah sedar tak sedar hari ini adalah hari Khamis..bersamaan 29 Syawal..ikut calendar adalah hari terakhir syawal ..esok dh masuk Zulkaedah kan...(eh betui tak..)

Berbalik pada tajuk di atas...anak bongsu aku sufi amira dh menginjak 1 tahun 3 bulan (esok 6 sept) genap...emm time flies so fast..dh besar dh anak mama...

Sufi amira nih..ramai cakap mcam babah dia..maybe ikut tone kulit kot cerah..kira geng ngan kakak pia la..manakala si abang safiiy ammar ja follow mama..kulit2 ala tan tin tun gitu...hahah..sawo2 la kan..

Baby sufi amira nih mmg jenis tersangat aktif...ligat..noty2 girl gitu..mmg bijak sangt..dari kecik dh teserlah kematangan..al maklumlah dok kt nursery kan..so kena la pandai2 bwk haluan sendiri..tak cam dok ngan pengasuh yg focus pada seorang baby..

cam baru terasa keharuman baby dr mira..tup2 dh besar..dh leh berlari marathon dh..hhahahah...bongsu? ramai tnya..eh mira nih takkan dh bongsu..mama pun muda lagi...hehehe..nk tau jawapannya...???? entahla difikir2 kan balik teringin nak tambah anak lagi..tmbah disebabkan komitmen study...tak mau lagi buat masa nih...cukup la 3 orang hero heroin yg aku ada....berkahwin di usia 23 tahun dn ada anak di usia muda mmg feel lain..sngt best...skrang nih si kakak dh leh jadi bff mama...tuh yg best..

Ok la..baby mira..mama doakan baby akan jadi anak yg solehah sihat bijak...terbaik buat mama n babah..

p/s: injection yg setahun, mira lom dapat lagi..huhu...mana taknya asek2 demam aja...:(....inshallah minggu depan...
 
kecik kecik mama manja bucuk2..

Wednesday, September 04, 2013

DERMAGIC from Simplysity

Ok nih first time aku nk try produk dari simplysity
Kemarin aku n kak ida..my officemate ke Watson..then, mmg niat aku  nk beli pencuci muka yg telahpun kehabisan stok..ada lagi..tpi kena ketuk2 Ramadhan la dulu…heheh..plan mmg nk beli cleanser yg selalu dipakai..tp tiba2 terbekenan lak ngan Dermagic nih..so pe lagi rembat ja la…RM29.90 je u ols…murahkan…selagi dpt ngan toner lagi…

Balik umah terus try..mmg muka sngt licin(serious nih tak tipu)..pastu apply kan toner kt muka mmg so fresh..satu lagi aku rasa yg best ttg dermagic nih…bau sngt segar cam haruman buah-buahan gitu..emm nnti aku nk pi beli lai set lengkap dermagic…emm baru leh anggun cam tok ti kan..hehe..) verangan..

 
K la…kalau nk beli skang nih tengah offer kt Watson..kalau tak dua barang nih…dh cecah RM50++ tp skang just RM29.90..worth it kan..

MY SEMESTER BREAK & KERJA....

 
 
 
Assalamualaikum
 
Sekrang nih semester break setelah lebih seminggu aku berhempas pulas di UUM seminggu selepas raya baru2 nih..fuh..dh la lepas raya..pastu subjek lak killer..sngt mencabar...
 
Ya, Mencabar buat orang yg macam aku nih…(mama , setiausaha…merangkap part time student)..kelupoq gak la bak kata orang Kedah…tapi aku gagahi jua…azam dn tekad kena kuat..kalau tidak aku akan give up…just nak share..ramai sngt kawan2 aku di UUM yg seangkatan dengan aku dh berenti separuh jalan..ada yg tak dpt catch up, ada yg bagi alasan berkahwin, bersalin..bz dengan kerja..byk la asalan alasan yg diberikan..tpi tak leh salahkan diornag kan…mmg mencabar bila dalam satu-satu masa kita buat bnyk benda.
 
Nama ja semester break..dalam sebulan lebih ja..pastu inshaallah bulan 10 nih masuk semester 10..inshallah my last semester setelah lebih 4 tahun di UUM…aku sebenarnya kaget..takut jugak..sbb masa exam ritu ada satu subjek tuh mmg payah bebenau..aku nih dh la masa Diploma kt Uitm dulu ‘hantu’repeat paper..huhuhu..tp Allah maha mengetahui dn membantu hambaNya..walaupun masa di UiTM dulu aku mmg antara student yg suka repeat paper..tp Alhamdulillah lepas habis belajar terus aku kerja..syukur jugak sbb tahun nih dh 10 tahun aku bekerja..dari zaman dok di KL sampaila penang hingga pulang ke kampong halaman ku Kedah tercinta.
 
Sekrang nih rutin kerja seperti biasa la..8 to 5 di pejabat…bos pulak minggu depan akan menunaikan fardu Haji..aku doakan bos akan mendapat haji yg marbur…amin…kesibukan kerja dan hal anak2 menjadi kebiasaan..ada hari sngt tertekan ngan karenah anak2..ada hari2 sngt happy..tapi biasalah itu semua rencah kehidupan…yg pasti aku suka bekerja..aku suka ngan kehidupan sederhana aku ini..walaupun aku tak sekaya oran g lain..tpi aku rasa aku hidup bahagia dn tenang…aku bersyukur dengna kurniaan Allah kepadaku…anak2 yg comey…dn suami yg sentiasa support aku…and of course my proudly mom n dad and all my family ..without them ..i am nothing..
 
Kekadang bila lihat kehidupan orang yg lebih baik dari kita..terdetik jua..mengapa aku tak boleh dpt apa yg diorang ada..tp bila kita lihat ada lagi orang yg lebih kurang dari kita..akan membuatkan aku bersyukur dengan nikmat yg Allah berikan…syukur..aku mampu membeli sebuah rumah walaupun bukan sebiji banglo..syukur mempunyai sebuah kereta..walaupun bukan kereta sport..heheh..tp …kita sebagai manusia cuba bangkit demi untuk mengubah kehidupan yg lebih baik..cam aku smbung belajar…kadang2 buat bznes kecil-kecilan..simpanan untuk masa hadapan kan…
 
Fuh..panjang lak berceloteh..tekoh ada mood..ok la daaa..assalamualaikum..
bila weekend..ambil kesempatan bawak anak2 outing..
 
Sufiya & safiiy ammar yg dh makin membesar dgn jayanya..si abang nih manja sngt ngan mama...(ven: Taska AnNajjah)

Aku ....seorang isteri, mama, pekerja & pelajar...multi tasking...

Tuesday, September 03, 2013

KENAIKAN HARGA MINYAK...NAIK MINYAK..

Assalamualaikum wbt..

a bit upset today..naik lak ron 95 20sen..sngt byk tuh jika di kali di darab semua kan...cam ni pi keja nek gerek (basikal) la..huhuhu..anak2 bonceng kt mana? lawak tapi benar...tuh la hakikatnya...masalah mmg la yg kata naik 2 kupang ja apa la sangt..tp yg pelik tapi benar..naik segala mala barang mala petaka nya..gula..minyak.harga makanan...dll lagi...so unsangkarebel kan...

malam tadi en somi amik keta dn isi full tank kt aku..tapi tuh la setakat mana nak tahan ..seminggu..kalau isi tuh tahan setahun atau sebulan leh la gagah kan...kata pihak kerajaan subsidi minyak di kurangkan...that's an answer..aku tak pro mana2 parti..dn aku pun penjawat awam..tapi sebagai pengguna kita ada hak untuk bersuara..ok fine dh minyak dh naik..tp barang2 asas lain plzzz la jangan dinaikkan sesuka suki hati oleh para peniaga yang bijaksana di luar sana.

sebagai pengguna..kita juga harus bijak dan peka kan..customer is always right? kalau ada nmpak harga barang yg naik tak tentu pasal kita leh laporkan kepada pihak berwajib.  selain itu, kita pun patut berbelanja secara berhemah ..

Isu minyak nih tak pernah reda..masalah utamanya..byk pihak yg amik kesempatan di atas kenaikannya...emm bertabah je la kan..

kita tengok la camna nnti..pasni reda la kot..dua tiga hari ja kot..then back for normal...pepun...life must go on...

Monday, September 02, 2013

KENAIKAN HARGA TASKA 20-40%?

Assalamualaikum semua...apa kabar..aku ok ja.makin 'sihat'kot.mana taknya open house ja memanjang..hehe..btw minggu nih adalah minggu akhir raya...so good bye Syawal..

U ols..betui kan..next year taska akan naik hingga 40%..mengucap panjang mak...huhu..dh la anak ramai..(3 orang) ramai ke? ramai la tuh..mengikut kos hidup hari ini kan..mengikut ura2 mmg akan naik betul..ini disahkan sendiri oleh pengusaha taska An Najjah, Puan Sarah tentang kenaikan harga taska nih..

walaubagaimanapun, pihak kerajaan peka la kt ibu bapa yg pendapatan perkapita RM500 ke bawah akan dpat subsidi taska..for more info cee check website www.jkm.gov.my aku pun tak baper sure kan..pendpatan perkapita nih..gaji pokok suami+isteri /jumlah anak2 dn tanggungan lain contohnya ibu bapa atau adik beradik..so dpt la pendapatan perkapita..then kalau lepas leh la mohon..tarikh tutup hujung bulan 9 nih..

cam aku nk kata kos tinggi tuh dok area Kedah nih masih lagi terkawal. anak2 aku tiga orang..semuanya di hantar ke AnNajjah nursery termasuk si kakak yg transit di situ
Kos semuanya

Baby sufi amira  = RM220
Safiiy Ammar  = RM200
Sufiya (kakak)  = RM120 (transit)

so jumlahnya RM540..ok la kan..tpi tuh semua tak termasuk susu, pampers dan belanja sekolah lagi..alahai byk tui kos masa sekarang kan...ni nk naik lagi.dengar kata si adik maybe naik sampai dekat RM300..gulp....sabau ja la..tgk la camner tahun hadapan kan...

Bagi aku yg bekerja makan gaji nih..(som isteri keja gomen)..kena la sentiasa mengamalkan perbelanjaan yg berhemah ok..bukan apa..kalau hover skit msti lari bajet...cam raya bulan lepas..byk keluarkan belanja so bulan nih aku kurangkan sikit tabit menyoping aku tuh..cover kan mak jemah kan..hehe..

apa alternative kowang..cam aku...aku cuba nk mengurangkan kos..jadinya aku cuba survey2 taska yg harga yg lebih berbaloi dn penjagaan yg bagus..tp yg ada nih pun very very good ok..just for stand by kan...then kakak pulak..aku nk daftarkan KAFA sbb skang nih..sufiya pagi di Sek kebangsaan biasa..then ptang transit..kt AnNajjah..just mengaji Iqra biasa ja..then malam lak kelas AlQuran..yg tuh RM30 bulan2...

duit2..kalau orang yg kaya raya..tak dak masalah..tp bagi aku suami isteri mmg kena berbelanja mengikut keperluan yg kita perlukan..bayaran rumah, kereta, yuran2 anak2, minyak keta..makan2 ..pakaian semua adalah keperluan utama...

Ok la...moga lagi murah rezeki kami anak beranak dn keluarga amin....amin..