Sunday, February 22, 2009

KHASIAT MEMELUK ISTERI...



Khas Buat SUAMI, KHASIAT PELUK ISTERI-
Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN ... YG BELUM KENA CEPAT2
KAHWIN)
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat
setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan
kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan
tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan
pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut
terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk
Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di
Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat
Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain
mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan
dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah
s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan
suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan
isteri.
``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan
peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh
peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih
cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan umatnya berkahwin ... :-))

Seks adalah Multivitamin?
Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka
segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa
melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak ... beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari
kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit
kepala.
Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan
hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan
memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa
semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "ubat sakit kepala" yang
dikeluarkan.
Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan
meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa
saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika Anda
sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung
meningkat.


conthnya spt foto di bawah (sang suami sedang memeluk isterinya..)
(venue: Lost World Of Tambun, Ipoh Perak..2006)

8 comments:

~aSHa~ said...

cth di bawah ke di atas ni....ehehehe...
petua ni dah lama aku bagi kat kawan2....meke tak caya kat aku...tgk aku hasilnye dah la...ekekekekeke....

.:fyzz:. said...

oh maaf cth spt di atas...heheh..ye ke..aku pun amik citer nih dari emel aku ..nmpak menarik so leh la kongsi ngan kengkawan kan...hasilnya per wey..tak pham tlog la eleberetkan apa hasilnya hihihi

~aSHa~ said...

hasilnye kurus ler wei..kalo nak kurus..peluk la hari2...dan byk kali...sbb leh mengurangkan tahap kolestrol...ko paste ni ko baca tak petikan ni...aku baca tau..sbb aku minat bab2 fakta ni...tambah2 dari dr fadilah kamsah

*Miss Geli^ said...

lagipun, pelukan itu bole mendatangkan kemesraan antara suami isteri..mari kita berpeluk2an..kalu nak mesra, berpeluk la..tapi jgn la pulak korang berpeluk ngan bos korang..

.:Iz-aNn (",):. said...

nora meh peluk aku nora,...meh...meh

~aSHa~ said...

peluk atr lelaki dan perempuan ye....pompuan2 tak mengeluarkan enzim2 yg boleh merembeskan pengurangan kolestrol..

.:fyzz:. said...

hashajidah aku baca la..kalau tak baca tak la aku tepek di sini deh...ha la patut la ko semakin ramping kan kan...emm tui2 aku snagt la setuju...sbbnye...sejak anuar aku pindah balik kedah..sejak beberapa bulan yg lalu berat aku dh kurang 5kg..sius nih ...yer la bgn pagi peluk..nk pi keja peluk nk tido peluk..huh tuh la khasiatnya kan..tapi awas bak kata nogha jangan peluk bos kita dh la...huhuhuhuhu...moh la zan kita reramai berpeluk2an...

.:Iz-aNn (",):. said...

korang peluk ar dulu...