Monday, November 23, 2009

PROGRAM JIWA MURNI ANJURAN PLK UUM

Assalamualaikum, hujan masih lebat dan terus membasahi bumi Alor Setaq hari nih..jam menunjukkan sudah pukul 5.10 minit petang..tp aku masih di ofis..memandangkan payung dlm keta, dn andai ada payung sekalipun msti basah..huhuhu..
Semester 2, aku amik 5 Paper..antaranya subjek Pembangunan Masyarakat 2 (projek paper) so mmg tak dak final exam just buat group utk projek.. aku bersyukur kebanyakan kawan2 lam group aku mmg geng2 masa Sem.1 dulu..dn yg pastinya semuanya sporting dn mmg bagus..
Group kami decide utk menjalankan program bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Pusat Dalam Komuniti bagi Kawasan Changlon, kedah. Program ini melibatkan program kemasyarakatan bersama-sama kanak-kanak istimewa. Insyallah setelah dua kali mesyuarat, dan melalui perbincangan kami memutuskan utk diadakan pada 13 DIsember ini.
Group aku n of course aku..berharap program kami akan berjalan lancar dan sempurna…dan aku berdoa moga lecturer tanpa segan silu memberi A pada projek kami ini..AMIN…doakan2 la yer..
.


aku n kengkawan ..time nih kami Mesyuarat kali ke 2, 21hb November, Sabtu lepas (lepas balik family day, Penang..citer family day..next entry yer....)

thanks to all group members ..yg bg full komitmen..time meting nih ada 2 org je tak mai..munkin ada hal kot..yg bestnya group nih melibatkan bnyk rakan2 dri pelbagai jabatan ada yg dari jabt.imigresen, AG, MARA (aku la tuh ..)Pendaftaran, KWSP, JKR, Wisma Darul Aman, Penjara, Kastam..semuanya bersatu hati dan bergabung tenaga utk menjayakan program/projek paper nnti..:)


*lihatlah aku betapa kusyuknya aku...melihat penerangan daripada pengerusi projek paper kami..aku nih merangkap setiausaha program tau....aku nih kusyukkkk ke atau dok termenung..hehehe..

Hopefully Projek kami akan sukses..and dpt A .:)

Tuesday, November 17, 2009

ZoN BIZI beRmuLa

*gambar hiasan:-bergambar beramai2 waktu pakai baju korporat (Hari Selasa), CC aku la punya suggestion amik gambar ramai2 nih..tp tak semua pun ..nih unit aku ja..skema ja kan..kaki pun silang cam pemaisuri ..hheheheh
*aku, kak jas n kak ena..depa tangan penuh ngan kegumbiraan...(walaupun lam ati kecik ku berkata...adey bznya aku..huhuhu)

Assalamualaikum dan salam bahagia..

nih baru citer yg sebenarnya...
Aku cilok kejap nih..keja banyak giler..mmg ala2 buruh kontrak dh aku rasa., hujung2 tahun cam nih mmg bz selalu..tp itulah keseronokan bekerja kan..at this moment aku tgh huru hara buat sijil2 Hari Q yg agak banyak ..baru dok panas enjin dok buat nih..Kengkawan pada hangpa yg nk tengk list kesibukan aku sepanjang minggu2 nih..check this out:_



1) 17 November 2009 - Menyiapkan sijil2 Hari Kualiti



2) 18 November 2009- Mesyuarat Pengurusan MARA Negeri Kedah (as usual aku la pencatit minit mesyuarat yg memakan masa sehari suntuk..minit la bagai di kata la mau 20 ms huhuhu..ptg nnti kena standby list kehadiran, laporan2 semua ketua unit & Pegawai MARA Daerah.



3) 19 November 2009 YG NIH MMG BEST DN DINANTIKAN BUKAN SAHAJA AKU MALAH SUFIYA N BABAH N KENGKAWAN YG LEN..our FAMILY DAY & HARI KUALITI yg diadakan di PENANG..
Ikut program, petang khamis 19/11 nnti kami akan bertolak ke Penang (dgn bas yg disediakan ok) malam ada MAJLIS MAKAN MALAM DAN HARI KUALITI 2009 PERINGKAT MARA KEDAH.



4) 20 November 2009 (FAMILY DAY..sukaneka, suka suka..D’ Penang..ilanglah keletihan dan yg penting aku dpt la lucky draw yg best2 skit kan..hehhehe



5) 21 November 2009 (Mesyuarat Pembangunan Masyarakat Bil 2/2009 ..nih meting aku ngan geng2 UUM lak.berkaitan Projek paper yg akan dilaksanakan awal bulan Disember nih la..



Fuyyyooo pack tui schedule aku minggu nih…aku memerlukan seorang PA ..takpa la aku jadi PA untk diri aku dh la…ok la nk sambung wat keja nih..satgi tengahari nk pi teman Mila shoping barang2 pertunangan dier lak..

Sunday, November 15, 2009

PTPTN..dh bayar ke belum?


PTPTN, aku rasa nih la first loan yg aku amik..lama dh terfikir nk cakap topic nih..tp biasalah terlupakan..ok dipendekkan citer..korang amik tak PTPTN?.msti ramai yg amik kan..ex student uitm cam KU pun amik..padahal, hostel, makan ditanggung..tp still amik jugak kan..duit tuh boleh melancong, melencong, suping2 kan..heheh..aku dulu of course amik gak..tp aku still ingt..duit loan yg dpt aku simpan lam ASB, RM500..alhamdulillah buku tuh stil tersimpan hingga hari ini..amount sahaja dh berubah. Tp yg bestnya loan dpt..tp PAMA(ayah mak ) di kg still bg gak duit belanja tuh yg best tu…tp tak la banyak sngt.dh tau anak dh dpt pinjaman belajar.

Tp menjadi isu, pasal loan ptptipu eh ptptn nih.pasai interest yg tinggi la 4%, tp setelah dikaji, mengkaji dn segala bagai..interest telah diturunkan kepada 1%.then aku pun dh call ptptn sendiri, kata staff mereka..agreement baru akan dihantar kepada pelajar2 berkaitan perubahan interest ini. Ok la kan..sedar gak ptptn nih..

Owh ya sedar tak sedar, lagi setahun lbh loan ptptn aku nih abis..so far aku steady potong gaji every month (melalui slip gaji) total pinjaman aku RM12,500 then bulan2 aku ptong RM138.01.
Alhamdulillah start keja MARA thn 2003 aku start bayar. Mungkin ada yg kata, tanak bayar la apa la kan…terpulangla..bagi aku keberkatan tuh amat penting..sbb kita meminjam atas dasar kita ingin menyahut jihad fisabillah iaitu belajar.oleh itu, bayarlah pinjaman anda..ewah, style ustazah mai dh..heheh.

Kalau dulu satu Semester dpt RM2,500 mmg kaya dh kan.leh tukar hp baru, leh turun key el suping2, ada yg tlong mak ayah beli perabot baru..dn lain2 lgi tuh sekrang nih…dpt gaji bulan2 pun kurang skit dari tuh..tp bagai di kata la..pun tak cukup kan..hmm so kesimpulannya, aku menyeru kepada kengkawan yg belum, sedang, telah membayar…tunaikan tanggungjwab anda. Cam wakil ptptn plak..heheh….

Monday, November 02, 2009

Dulu & Kini..


Dulu dan Kini, merentasi masa dan waktu, meniti usia remaja mendewasakan kita. Ketandusan idea mungkin…atau merehatkan minda seketika. (sedangkan akikatnya kita sentiasa dibadai dan diwarnai pelbagai perkara yang memberi seribu makna kepada kita.

Fuh penat dh berfalsampah..eh eh silap berfalsafah..hehe aku sebenarnya nak release otak jap..maklumlah tgah dok menyopak idea ngan asgment yg perlu disubmit hari Jumaat nih.
Minggu nih ada kelas, so kena submit dua asgment for two subjects. So far, dh 85% completed.
Merujuk kepada tajuk, sebenarnya tiada apa yg menarik, Cuma sekadar peringatan kepada kita. Ya la dulu remaja sdn bhd..lipstic merah menyala lagi kan..ahahahha aku la tuh..skrang dh berubah, dh 28 thn..coming 2010 dh 29..lantaran itu, banyak perkara membezakan kita dari dulu dan kini, bukan setakat warna lipstic berubah tp seiring dengan gaya hidup dan aliran pada masa kini. Yang pasti kita tak akan menoleh ke belakang tpi pasti mara ke hadapan dgn impian dan kejayaan.

Ps: jangan gelakkan aku tau..tuh muka masa amik gambar passport untk Latihan Praktikal masa kt UiTm .time tuh sya berusia 19 thn..dn gambar di sebelah plak..gambar skrang la..:)