Wednesday, April 14, 2010

Tips ALAHAN ketika Mengandung...

Salam..

Yap mmg tatkala dn saat ini aku mmg mengalami transmeter (tui ke ejaan nih ) pertama kehamilan ..of course la..mmg mengalami alahan...alahan yg teruk bermula pd tengahari...hingga ke malam...pagi2 hari ok plak...aku boley lagi makan nasi lemak sebungkus ngan kuih muih..serta secawan nestume..tp bila tengahari dn malam..mmg perut sngt lapaq hingga tak terkata..tp bila makan jek musti muntah..kalau tak muntah selagi tuh la kepala sakit...(tp bila mkn mempelam muda dn cicah garam belacan hokey lak..ilang loya tekakku..)

Sekarang nih bangun ja pagi2..sebelum Subuh lagi dh aku mandi air sejuk...pastu aku amik air yg turun dari dagu aku..sambil selawat Ke atas Nabi Muhamaad saw..aku tepuk2 di kepala..nih nak bagi kurang kan sakit kepala..alhamdulilah ..kurang skit sakit kepala aku nih...

owh ya nih ada beberapa tips dn panduan..buat echa ..yg baru mendapat ujian positif gak...heheh..supaya mendapat info berguna utk diaplikasikan bersama..and for all blogers ..sama ada yg on the way nak peknen...tengah peknen..kan..check this out..


Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahanPunca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatanSecara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan
Makanan
Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.


Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.

Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.

Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.

Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak. (maksudnya laki kita la kan..)

Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.

Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.

Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman
Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian
Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.

Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.

Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.

Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.

Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.

Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
Berat badan anda menurun dengan banyak.
Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

nota kaki: hampes dari tadi dok donlod gambaq tak boleh2..hampes..tk kool la entry without photo kan..

10 comments:

SuZiE said...

bgs tips ni.. tp buat msa skg suzie xmo pregnant lg... hehehe..

.:fyzz:. said...

suzie: mmg bagus kan..sharing is caring..yer la..baby suzie tecik lagi..cian kt dier..tecik dpt adik..tunggu la dua, tiga thn lagi..baru peknen..bagi dier bermanja ngan mama nya sepuas2 dulu..:)

umilia said...

bagus2..beguna tips ni..tp biasala kan..lain org lain alahannye..hrp2 ko sihat spnjg ngndung ni ye..tu yg pntg..jgn lupe mkn yg bekhasiat n ubt2 yg doc suh mkn tu..taking care..

~aSHa~ said...

rasa2 kita larat tak nak ikut tips ni ketika alahan..nak membaca pun rasa menyampah...eheheh tul idak

aku dulu gitu la..nak berckp dgn org lama2 pun rsa nyampah..bukan nyampah apa..penat...nak membaca dan ingat tips ni lagi la...

tapi berguna gak tips ni...boleh dibaca sebelum alahan..ehehe...

.:fyzz:. said...

umilia: insyallah..so far ok lagi..hari nih tak muntah pun..hrp2 berlanjutan hingga ke lewat hari nih...emm so far aku makan la folic n vitamin yg doc bagi tuh..btw thanks for taking care..

asha: tuh la tuh..nk baca..malah nak ckp ngan orng pun malas..aku mmg kalau mai angin kus2 aku..rasa nk tengking je orng..bos aku pun pham..tak suh aku wat keja byk sngt.pun sbb aku ckp aku mmg tak larat...hehhe

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

alahai sian kau ek. dulu akak masa 1st trimester tak de alahan langsung.. sampai laki akak pun tak caya jer "betul ke bini aku ni ngandung ker". heheh. alhamdulillah 2 kali pun akak tak de alahan.. tak tau la kalau kali ke 3 esok alahan teruk..

apapun pijot, jaga diri baik2 yer.. insyallah ikut la serba sedikit tips tu .. memagn berguna la..

.:fyzz:. said...

kak mimi: wah bertuahnya kalau tak alah...alhamdulilah hari nih pjot still tak muntah lagi..hari nih just sarapan ja..(nasi lemak+kuih) tengahari tak dak selera nk makan..
insyallah..pjot akan ikut la tips nih..

Unknown said...

salam..

thanks for da tips.. memang planning nk pregnant, tp bila fikir pasal alahan, terus kecut perut.. masa 1st baby dulu, saya alah smp 7 bulan.. ngeriiiiiiiiiiiii.. will try this tips once i get pregnant.. hehe.. TQ

.:fyzz:. said...

MayA: Hi nice knowing u...and sharing is caring rite? first baby dh umo baper thn...yer ke tgh plan nk dpt baby baru...fyzz wish u luck maya!tp tekezut gak alah smpai 7 bulan..sya dulu lam 3 bulan gitu je..(first bby)

Anonymous said...

skrg tgh pregnant 2bulan, kandungan ketiga.alahannye lebih kurang yg pertama, perut sebu memanjang. Lapar, tp x tahu nk makan ape. Additional, takleh bau orang tgh menggoreng / menumis...Cemane nk atasi tu...