Sunday, September 22, 2013

KAYA DI DUNIA MUFLIS DI AKHIRAT...




Sebagai perkongsian ilmu bersama...
diakses di www.maranet.gov.my
sharing is caring...Ya baik dari Allah swt dan yang serba kekurangan dari kita hambanya..
 

 
Sebagai seorang Islam kita seharusnya bijak melayarkan bahtera kehidupan ke arah yang benar mengikut petunjuk yang telah digariskan oleh al-Quran dan hadis. Untuk kita sampai ke destinasi akhirat maka hendaklah kita beramal dengan seberapa banyak amalan kebajikan dan sentiasa berada dalam keampunan Allah SWT semasa hidup di dunia. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hadid ayat 21:

Maksudnya: Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya;.



Banyak ayat al-Quran menggambarkan kepada kita perihal mereka yang melakukan dosa akan menjadi cemas, takut dan merana apabila dibentangkan buku catatan amalan mereka di Padang Masyar. Insaflah bahawa segala amalan kita di dunia ini akan diadili di akhirat nanti walaupun ianya sekecil zarah. Ketahuilah bahawa setiap amalan dan tingkah laku kita semuanya dicatat oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT. 2




Namun persoalannya pada hari ini ada di kalangan kita yang kaya di dunia tetapi tidak bersedia untuk menghindari muflis di akhirat. Mereka menikmati pelbagai kemewahan kurniaan Allah SWT di dunia, tetapi tidak bersyukur dan mengabaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan mengkianati amanah sesama manusia. Dalam mengejar kemewahan mereka lupa mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan sebagainya kerana sibuk dengan pelbagai urusan duniawi. Selain itu, mereka juga tidak prihatin kepada hak-hak sesama manusia, hak-hak golongan fakir, miskin dan anak-anak yatim. Malah ada di kalangan kita menzalimi sesama manusia. Ketahuilah bahawa gaya hidup sedemikian akan menjadikan mereka muflis di akhirat.

Nabi SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Iman Muslim RA memberi amaran kepada kita tentang berlakunya gejala muflis di kalangan umatnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda". Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka."

(Riwayat Muslim) 3




Berdasarkan hadis ini, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis di akhirat adalah berasal daripada mereka yang memiliki pahala seperti pahala solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Bagaimanapun, semua pahala ibadah mereka itu habis kerana digunakan sebagai membayar ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikianati atau dizalimi. Di samping itu, mereka juga dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi. Alangkah ruginya golongan muflis ini, kerana walaupun mempunyai pahala kerana mengerjakan ibadah dan bermacam-macam kebaikan, namun akhirnya menjadi kosong kerana diambil oleh orang lain sebagai ganti rugi dengan sebab kesalahan terhadap orang lain atau kezaliman yang telah dilakukan.
 
 
 
Dalam kehidupan sehari-hari kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan dosa, terutama dosa sesama manusia. Namun kenyataannya pada hari ini segelintir daripada kita secara terang-terangan melakukan pelbagai kesalahan kepada orang lain, antaranya;

Pertama: Mencabuli kehormatan dan harga diri melalui fitnah, mengumpat dan mencaci.

Kedua: Merosakkan harta benda dengan merompak, menyamun, mencuri, menipu dan sebagainya,

Ketiga: Mencabuli keselamatan dan kebahagiaan dengan cara keganasan, penderaan mental dan fizikal, pukul, bunuh, perbuatan sihir, ilmu hitam dan sebagainya.

Keempat: Merosak rumahtangga melalui perbuatan curang dengan suami atau isteri yang menyebabkan runtuhnya institusi keluarga. 4



Jika kita miskin di dunia masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat? Siapakah yang akan bersimpati, siapakah yang akan menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita daripada azab seksaan neraka Allah SWT?

Justeru marilah sama-sama kita menghitung diri kita, adakah kita sudah berada dalam gaya hidup yang diredhai Allah ataupun gaya hidup yang dimurkai oleh Allah. Andainya kita telah berada dalam keredhaan Allah, maka kita pertingkatkan dan gandakan lagi agar ianya lebih mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. Andainya kita menderhakai kepada Allah maka bersegeralah kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah, mudah mudahan kita diampuni Allah dan dilimpahi dengan kehidupan akhirat yang penuh dengan nikmat.


 
gambar sekadar hiasan
Oleh: Ust. Abdullah B Samsudin

2 comments:

Puan Kutu said...

sebab tu kena seimbangkan,atau sepatutnya kena lebihkan akhirat dr dunia kan?

.:fyzz:. said...

PuanKutu: ya benar...amal jariah kita sebagai bekalan di akhirat kan..moga2 kita akan dpt keberkatan ..amin