Monday, November 04, 2013

GENAP 10 TAHUN AKU BERKHIDMAT


Genap 10 tahun aku bertugas pada 3 November 2003.  Sungguh tak sangka sudah sepuluh tahun aku berkhidmat untuk negara. Walaupun tugasku hanyalah pekerja biasa tapi aku jua menaburkan bakti pada nusa dan bangsa.  Memulakan tugas di Ibu Pejabat MARA, Jln Raja Laut di tingkat 21( Bahagian Kemahiran) ..sewaktu itu aku tidak kenal sesiapa..malahan pada hari pertamaku aku diajukan pertanyaan mungkin aku kroni sesiapa..aku sangkal sama sekali kerana semuanya adalah hasil usaha aku sendiri sewaktu temuduga..tanpa perlukan kabel2…bagi aku itu lebih berkat kan..J

…hari demi hari..mmg seronok bekerja di ibu kota, tapi hati aku meronta2 ingin pulang ke kampong halaman…bos pertama aku adalah wanita..yang sebaya dengan mak aku..walaupun dia garang tapi tersangat la baik hati dengan aku…..pemurah.  genap sebulan lebih aku bertugas di KL..aku bertunang pada 22.11.2003..menjadi tunangan kepada suami aku yg dulu bertugas di Pulau Pinang…

Walaupun bekerja di KL, aku masih mampu menabung di ASB untuk persiapan perkahwinan..alhamdulilah…rezeki tak pernah putus…hidup di KL..bagi aku biasa aja..mmg la seronok ..dgn lifestyle..tapi aku sudah mula berfikir lebih panjang tentang masa depan aku……hati aku lebih kepada ingin berpindah ke Penang..lebih dekat dengan bakal suami…bukan tak seronok di KL..tapi sejak zaman study aku mmg selalu ke KL..dengan kawan2 dan masa itu pulak suami study di UTM jalan Semarak..jadi mmg dh menjadi kebiasaan…

Akhirnya, pada 18 Disember 2004 aku diijabkabulkan dlm suasana yang sederhana…aku masih lagi bertugas di KL, namun rezeki berpihak kepadaku…


aku dpat berpindah ke Pulau Pinang dan ditempatkan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA , Balik Pulau.  Syukur pada ilahi……pada Februari 2005…….sememangnya pada 19 Februari adalah acara resepsi perkahwinan di sebelah rumahku dan rumah pengantin lelaki pada 23 Feb 2005…kehidupanku di Pulau Pinang hanya sesingkat waktu ..selama 1 tahun ½

Selepas itu aku bertukar ke  Negeri Kedah , negeri kelahiranku…Hari ini aku berada di MARA Kedah……..mungkin di sini rezeki aku..lebih dekat dengan keluarga, aku juga mampu membeli sebuah rumah..dan kehidupan aku lebih baik daripada sebelumnya..dikurniaan tiga orang anak…sudah tujuh tahun aku bertugas di Kedah…perasaan aku gembira sngat ..sebb di sini boleh dikatakan kos sara hidup masih lagi sederhana…

 

10 tahun…cepat masa berlalu kan..:)

6 comments:

Fyda Adim said...

tahniah dah 10 thn..fyzz seniorlah dlm gov.saya 9nov ni baru genap 7 thn..:D

puanstoberi said...

akak lak next year 10 thn dalam govt. oke lah badan berkanun cam kita ni.. closed service. hihi :D

.:fyzz:. said...

Ifidah@dim: tq fida..iya ka..7 thn pun dh lama gak tuh..:)

.:fyzz:. said...

PUANSTOBERI: iyer ke akak.ala sama lebih kurang la kan..ya betui bdn berkanun tersangt ok..alhamdulilah byk faedah yg dpat kan akak..

Puan Kutu said...

skang ni mmg cpt sgt masa berlalu..sy pun sedar tak sedar dh 7 tahun sebagai penjawat awam..:)

.:fyzz:. said...

PuanKUtu: iya la kan..time flies..sngt la pantas..oo dh 7 tahun..hmm lama gak tuh..