Genap 10 tahun aku bertugas pada
3 November 2003. Sungguh tak sangka
sudah sepuluh tahun aku berkhidmat untuk negara. Walaupun tugasku hanyalah
pekerja biasa tapi aku jua menaburkan bakti pada nusa dan bangsa. Memulakan tugas di Ibu Pejabat MARA, Jln Raja
Laut di tingkat 21( Bahagian Kemahiran) ..sewaktu itu aku tidak kenal
sesiapa..malahan pada hari pertamaku aku diajukan pertanyaan mungkin aku kroni
sesiapa..aku sangkal sama sekali kerana semuanya adalah hasil usaha aku sendiri
sewaktu temuduga..tanpa perlukan kabel2…bagi aku itu lebih berkat kan..J
…hari demi hari..mmg seronok
bekerja di ibu kota, tapi hati aku meronta2 ingin pulang ke kampong halaman…bos
pertama aku adalah wanita..yang sebaya dengan mak aku..walaupun dia garang tapi
tersangat la baik hati dengan aku…..pemurah.
genap sebulan lebih aku bertugas di KL..aku bertunang pada
22.11.2003..menjadi tunangan kepada suami aku yg dulu bertugas di Pulau Pinang…
Walaupun bekerja di KL, aku masih
mampu menabung di ASB untuk persiapan perkahwinan..alhamdulilah…rezeki tak
pernah putus…hidup di KL..bagi aku biasa aja..mmg la seronok ..dgn
lifestyle..tapi aku sudah mula berfikir lebih panjang tentang masa depan aku……hati
aku lebih kepada ingin berpindah ke Penang..lebih dekat dengan bakal suami…bukan
tak seronok di KL..tapi sejak zaman study aku mmg selalu ke KL..dengan kawan2
dan masa itu pulak suami study di UTM jalan Semarak..jadi mmg dh menjadi
kebiasaan…
Akhirnya, pada 18 Disember 2004
aku diijabkabulkan dlm suasana yang sederhana…aku masih lagi bertugas di KL,
namun rezeki berpihak kepadaku…
aku dpat berpindah ke Pulau Pinang dan ditempatkan
di Kolej Kemahiran Tinggi MARA , Balik Pulau.
Syukur pada ilahi……pada Februari 2005…….sememangnya pada 19 Februari
adalah acara resepsi perkahwinan di sebelah rumahku dan rumah pengantin lelaki
pada 23 Feb 2005…kehidupanku di Pulau Pinang hanya sesingkat waktu ..selama 1
tahun ½
Selepas itu aku bertukar ke Negeri Kedah , negeri kelahiranku…Hari ini
aku berada di MARA Kedah……..mungkin di sini rezeki aku..lebih dekat dengan
keluarga, aku juga mampu membeli sebuah rumah..dan kehidupan aku lebih baik
daripada sebelumnya..dikurniaan tiga orang anak…sudah tujuh tahun aku bertugas
di Kedah…perasaan aku gembira sngat ..sebb di sini boleh dikatakan kos sara
hidup masih lagi sederhana…
10 tahun…cepat masa berlalu
kan..:)
6 comments:
tahniah dah 10 thn..fyzz seniorlah dlm gov.saya 9nov ni baru genap 7 thn..:D
akak lak next year 10 thn dalam govt. oke lah badan berkanun cam kita ni.. closed service. hihi :D
Ifidah@dim: tq fida..iya ka..7 thn pun dh lama gak tuh..:)
PUANSTOBERI: iyer ke akak.ala sama lebih kurang la kan..ya betui bdn berkanun tersangt ok..alhamdulilah byk faedah yg dpat kan akak..
skang ni mmg cpt sgt masa berlalu..sy pun sedar tak sedar dh 7 tahun sebagai penjawat awam..:)
PuanKUtu: iya la kan..time flies..sngt la pantas..oo dh 7 tahun..hmm lama gak tuh..
Post a Comment