Monday, March 19, 2012

OSHIN-never ending story??


Salam semua...

Eh kowang ingt tak citer Oshin nih..ala masa zaman kita kanak2 dulu la..aku mmg ingt sngt citer nih..dn masih lam ingtan hingga hari ini...dn aku selalu ja ajuk cakap oshin(alih bahasa)..hehe "oshin merasa bimbang...lalu...hehe..

aku kta never ending story..sbb per..? yer la dari oshin kecik hingga la tua tak habis2 kan...tp tuh la..sonok citer nih...seingt aku ..citer nih masa aku tadika kot..eh tah la..ke sekolah rendah...dulu2 kan citer2 Jepun sangt fofular kan..cam Meoro Attack, Gaban, Kesatria waja hitam, Miss comet, Tokyo Cindralela story dll lagi..

MMg cerita Oshin nih mengisahkan kehidupan oshin yg serba kekurangan tp dia sanggup menghadapi semua cabaran dan rintangan dengan hati yg tabah..rupanya citer nih base kepada true story..yg mana oshin adalah Mak kepada pemilik Pasaraya terkemuka jepun Yoahan..ala korang tau kan pasaraya nih..malah kt negara kita pun ada suatu masa dulu kan...

So di bwah nih sinopsis dan latar belakang OSHIN utk rujukan bersama...



Oshin (おしん) ialah siri drama televisyen dari Jepun. Siri ini disiarkan oleh NHK di Jepun pada waktu pagi dari 4 April 1983 hingga 31 Mac 1984. Siri ini mengikuti kisah kehidupan watak judulnya dari zaman Meiji hingga awal 1980-an. Drama ini pernah disiarkan di TV3 pada 1980an dan sedang diulang tayang di TV9 pada waktu malam.


Cerita ini merupakan biografi seorang wanita Jepun, dimodelkan sempena ibu kepada ahli perniagaan bernama Kazuo Wada yang dikenali dengan mendirikan Yaohan, iaitu sebuah rangkaian pasaraya.

Keseluruhannya, 297 episod 15 minit telah disiarkan. Di Jepun, siri ini memperoleh 52.6% daripada keseluruhan penonton pada slot waktunya, dengan catatan rating tertinggi 62.9% bagi satu episod. Sehingga hari ini, Oshin telah disiarkan di 59 buah negara. Pada tahun 1984, drama ini dijadikan filem animasi oleh Sanrio.

Oshin, watak utama siri ini, dijadikan tokoh terkenal dengan menunjukkan bahawa sesungguhnya seseorang tidak patut berputus asa sesekalipun - meskipun pada saat-saat paling perit dalam hidup. Dia bukan sahaja disayangi penonton Jepun, malah juga orang-orang di luar negara itu.

Di Malaysia, siri drama ini dialih suara ke Bahasa Melayu dengan menampilkan suara Azizah Jais bagi watak Oshin dalam semua peringkat usia sepanjang drama tersebu

10 comments:

@lfidah @dim said...

aah kan..teringat cite oshin nie..

Unknown said...

mesti arr ingat cerita ni...tapi sebelum tu ada satu cerita jepun gak tajuk 'Rin hanekoma'(kalau tak silap)best gak citer dia..fyzz.bila nak letak pic terkini...tentu comel sekarang...hehehehe

.:fyzz:. said...

@ifidah@dim: menggamit nostalgia kan..

.:fyzz:. said...

izan mama mia: ingat..ingat..rin hanekoma..awat tak tgk..mmg best citer ni..satgi nk google la citer nih...

orait2..bila2 free sya posing ya...tp skang nih kaluit skit..:)

Unknown said...

As salam Fyzz,

Oshin, saya igt cerita ni tp xigt jln ceritanya... Lama dah... *gaya Tun Mahathir...hehehe

Baru harini sy tahu yg Yoahan tu ada kaitan dgn cerita ni... Baguskan sbg pengajaran, skrg ni dah ssh nak dpt tgk cerita yg memberi tauladan mcm ni lg :(

~aSHa~ said...

tv9 kul berapa ari apa? aku tak mengikuti sgt...

gile punye lama cerita bersiri tu almost a year....4 april ke 31 mac...

{ e'mie } said...

aku ingat lagi citer ni..aku memang peminat jugaklah citer ni masa kecik2 dulu..

.:fyzz:. said...

MaryaYusof: mmg byk pengajaran kan melalui citer oshin nih..tp skang dh takdak citer Jepun kt Msia kan..tak cm dulu2..

p/s: sya pun baru tau yg mall Yaohan ada relate ngan citer oshin nih..

.:fyzz:. said...

asha: yg tulisan biru tuh aku copy kt google ja..maybe dh hbis kot ulangan kt Tv9...
mmg lama..makan tahun gak la citer oshin nih..tuh aku kata never ending story..hehe

.:fyzz:. said...

emie: sama la kita..hehe