Monday, September 30, 2013

KOPI @KOPIKO



Assalamualaikum ............

KOPIKO L.A Coffee.....mmg sedap...sebagai peminat kopi tegar mmg la disuggestkan kepada penggemar yang sealiran dengan aku..:))

kopi nih aku tinggalkan kt ofis...sebb senang kan..nk minum just tuang lam mug and dh pun siap..cicah ngan biskut hup seng ..tatkala perut tengah berkeroncong tatkala jam 3.00 petang onward mmg la ohsomeeee..hehe...
 Kopi nih mmg sedap..aroma dia kalau bau mmg terangkat..satu ofis beb..:) dan harga pun berpatutan..ada 24 sachet lebih kurang RM11.90 ja..murahkan...

ooo...speechless la hari nih..cam no idea lak nk mengarang..pepun...love this coffee..kira pengaruh iklan kt tv mmg kuat la..aku pun nk try hingga terbeli..hehe..

ok daa..no words..

Nota: kawan2 mari kita sedekahkan Al Fatihah buat ibu bapa kita sama ada yang hidup atau meninggal dunia..al Fatihah...

Sunday, September 29, 2013

LUNCH DI MARRYBROWN

Assalamualaikum

Ahad..permulaan hari untuk aku bekerja di minggu ini..Alhamdulillah good starting dengan bacaan Yasin di pejabat sebagai rutin biasa bagi staff di ofis ku...hari ini lepas baca Yasin terus breakfast dek kelaparan yg melampau..huhu..besalah..perut nih kalau tak lapaq tak sah..


Ok make it short...just nak share hari Jumaat dua hari lepas...husband ajak lunch kt luar...so kami pilih MARRYBROWN kt Giant, Souq Albuqary...

antara menu yg kami order...


First trial: fillet fish MB..not bad..sedap gak...:))
alooo tomey2 ..ni smiley potatoes...anak2 suka la...


menu utama of course la NASI AYAM MARRYBROWN kan..mmg sedap..then bubur Marrybrown pun best..mmg la recommend ......tgk anak teruna aku ..asyek tgk si babah yg tiup bagi kurang skit panas...sabaq ya nak..
yang penting anak dara kecik aku nih dok diam lam baby chair nih..kalau tak mau dier pun shuffle merata la ..sabau je la..pepun tq laling kecik manja wangi mama yg tersngt baik...
 
* foto mama and kak pia takdop la pulak..sob sobs...
 
 
 
Pepun yang penting anak2 happy kan...
 

Thursday, September 26, 2013

JOM KE SPA..



Assalamualaikum

Dah pun khamis kan...cepat nau masa berlalu..its means esok cuti la .rest day for me yg dok belah utara nih..rest tak rest..keja kat umah melambak dan selambak menanti..takpa ada kak pia n babah yg setia bergotong royong bersama mama..


Need some break and peaceful............rasanya nk ke spa...last pi bulan 5 ritu..wat treatment muka and urutan badan...humai dh 4 bulan dh nih.....kita ni keja penat2 ..bagi aku kena la reward diri kita..sebagai orang pompuan kan...tui tak..ada yg jadi suri rumah..ada yg keja private and so so on..tak kisahlah keja motong getah sekali pun..kena reward gak diri sendiri yg penat keja..hat dok kampong cara kampong..munkin pi cari tok bidan mengurut ke...betui tak..

Aku mmg suka sangt manjakan diri aku nih.sekali sekala ke saloon urut2 kepala...............ke spa...baru2 nih aku ke meditasi spa..nama spa tuh...Amber Kesturi..yg urut tuh lak nama akak nelofa ko...dier cam mixed Arabian skit la..mmg sedap sngt urutan dia.........

Penat woo keja..kadng2 bukan penat kt ofis saja..penat ngan hal anak2 yang rutin yang tak berubah..tp tuh la kan..anak2 harta yang ternilai bagi kita yang perlu dijaga dn kita lindungi..kadng2 aku nih kuat gak bebel...yer la anak2 kan suka sepah2 la ..bising..gurau2 yg ter hover gitu...so mmg naik hangin dn stress gak lak...so bila ke spa  nih leh la relaxkan minda luar n dalaman...

Ingat..cantik bukan sekadar luaran tapi emosi juga perlu dijaga..moh kita ke sepak..eh spa..hehhe:)

Tuesday, September 24, 2013

YURAN SEMESTER 10 UUM

Assalamualaikum

its Tuesday..how fast time flies...hari ini aku dh settlekan bayaran yuran untuk semester 10 aka my last semester ..inshallah...sejak semester 1 hingga 9..MARA covered...tp for last sem aku kena byar sendiri..untuk 3 subjek 9 credit include duit library and so so on..jumlah RM1,378.00..gulpp..oowh my money..huhuhu..then rupanya aku leh claim balik duit aku balik tp kena isi form yang sngt2 la memualkan..mana tak memualkan okey..sngt complicated..huh...geram mak dibuatnya...aku nih kategori yg agak malas nk isi2 form bagai nih...ok fine aku akan isi form2 tu slow2

Mak call kemarin katanya surat dari UUM dah smpai then aku semak jadual untuk kelas aku...Jumaat and Sabtu..Jumaat pack dari pagi hingga petang..then hari sabtu siang free dari kelas tapi malam ada kelas..humai la..dah la esok tuh keja lak..huhuhu..mjur la UUM nih buat kelas sebulan sekali..tuh aku suka tuh..kalau U lain mau tiap2 minggu............tapi tu ar every class kena cover untuk 4 jam..hamik ko..tapi tuh la ikut kita la..cam aku tak la betui nk terpacak 4 jam..aku release kan diri dengan keluar minum2 jap..ke rest room and so so on...apapun..focus utama pada asgment dan midsem exam and of course final exam....

berkobar2 lak nk masuk kelas untuk final semester nih..cam di awangan lagi..is it my final sem? ooo betui..mmg betui..moga Allah permudahkan segalanya..amin..

 
this is my pen..pen yang sngt berjasa pada daku ketika di musim exam..TIPS: buat nota warna-warni bagi menarik minat kita utk membaca..:))

My nota ..masa lam class...

Monday, September 23, 2013

DUIT LAGI...

Assalamualaikum

pagi2 tadi cam biasa hidupkan enjin keta..çeh ceh..ceh..aik kepelikan..awat tak mau hidup ...panggil husband (dia cuti hari nih sbb nk amik Test..so kena jumpa lecturer dia)...husband tegur kata kelam kabut sngt time hidupkan enjin..haish..ke situ lak..dh lama dh isterimu nih drive kan..takpa la at the end..leh gak hidupkan enjin keta...hankut anak2 semua masuk keta..yang mamun2 bangun tido ada..yg berlari2 anak pun ada..cam2 peel budak2 nih...pastu singgah dulu beli nasi lemak habuan kt pia..then tadi dah tapau nasi goreng buat anak2 kt taska (yg digoreng malam tadi..dn dihangatkan pagi nih..) boleh la kan..tak sempat awal2 pagi hari..(kalau bangun sebelum Subuh dan la.ni dh kui 6 baru nk terpacak bangun kan..

Then hantar kakak ke sekolah..teruskan pemanduan ke taska adik2 lak..gitu la rutin ku seharian ..penat wooo..kalau dpat gaji beribu2 nih..hahaha..tp tq gak kt suami yg belikan kuih2 kt anak2 di waktu pagi..then tengahari rutin beliau mengambil sufiya di sekolah dan di hantar ke taska untuk transit lak...

haish..bebel byk lak pepagi nih kan....nk citer bab duit yg pasti akan terbang dua hari sebelum hari gaji nih...ok sambung balik..sampai ja di ofis..aku test start enjin keta lagi...humai..çeh ceh ceh..dn ceh lagi..kompem bateri...almaklum la bateri keta aku dh 2 tahun lebih..so bagi hint kena tukar la tuh...

so tanpa lengahkan masa call husband menceritakan hal masalah Negara aku nih...dia kata satgi dia nk mai tgk dn bawak ke workshop..pastu pe lagi teruskan jumpa lecturer dia (pukul 2 dia gitau aku..ooo ok la sempat la tolong isterimu ini..

emmm adoi duit lagi...terbang melayang di awangan..(tq pada suami yg tlong tukarkan kusyen keta , radio dan service keta baru2 nih..lebiu ....) Nih kena tukar bateri keta lak abang oii..

*** kalau la pokok yg kita tanam jadi duit kan..*** hahaah...




agak2 nya..bateri keta jnis kering ke atau basah yang ok??

Sunday, September 22, 2013

KAYA DI DUNIA MUFLIS DI AKHIRAT...




Sebagai perkongsian ilmu bersama...
diakses di www.maranet.gov.my
sharing is caring...Ya baik dari Allah swt dan yang serba kekurangan dari kita hambanya..
 

 
Sebagai seorang Islam kita seharusnya bijak melayarkan bahtera kehidupan ke arah yang benar mengikut petunjuk yang telah digariskan oleh al-Quran dan hadis. Untuk kita sampai ke destinasi akhirat maka hendaklah kita beramal dengan seberapa banyak amalan kebajikan dan sentiasa berada dalam keampunan Allah SWT semasa hidup di dunia. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Hadid ayat 21:

Maksudnya: Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya;.



Banyak ayat al-Quran menggambarkan kepada kita perihal mereka yang melakukan dosa akan menjadi cemas, takut dan merana apabila dibentangkan buku catatan amalan mereka di Padang Masyar. Insaflah bahawa segala amalan kita di dunia ini akan diadili di akhirat nanti walaupun ianya sekecil zarah. Ketahuilah bahawa setiap amalan dan tingkah laku kita semuanya dicatat oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT. 2




Namun persoalannya pada hari ini ada di kalangan kita yang kaya di dunia tetapi tidak bersedia untuk menghindari muflis di akhirat. Mereka menikmati pelbagai kemewahan kurniaan Allah SWT di dunia, tetapi tidak bersyukur dan mengabaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan mengkianati amanah sesama manusia. Dalam mengejar kemewahan mereka lupa mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan sebagainya kerana sibuk dengan pelbagai urusan duniawi. Selain itu, mereka juga tidak prihatin kepada hak-hak sesama manusia, hak-hak golongan fakir, miskin dan anak-anak yatim. Malah ada di kalangan kita menzalimi sesama manusia. Ketahuilah bahawa gaya hidup sedemikian akan menjadikan mereka muflis di akhirat.

Nabi SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Iman Muslim RA memberi amaran kepada kita tentang berlakunya gejala muflis di kalangan umatnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda". Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka."

(Riwayat Muslim) 3




Berdasarkan hadis ini, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis di akhirat adalah berasal daripada mereka yang memiliki pahala seperti pahala solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Bagaimanapun, semua pahala ibadah mereka itu habis kerana digunakan sebagai membayar ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikianati atau dizalimi. Di samping itu, mereka juga dibebankan dengan dosa orang yang dizalimi. Alangkah ruginya golongan muflis ini, kerana walaupun mempunyai pahala kerana mengerjakan ibadah dan bermacam-macam kebaikan, namun akhirnya menjadi kosong kerana diambil oleh orang lain sebagai ganti rugi dengan sebab kesalahan terhadap orang lain atau kezaliman yang telah dilakukan.
 
 
 
Dalam kehidupan sehari-hari kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan dosa, terutama dosa sesama manusia. Namun kenyataannya pada hari ini segelintir daripada kita secara terang-terangan melakukan pelbagai kesalahan kepada orang lain, antaranya;

Pertama: Mencabuli kehormatan dan harga diri melalui fitnah, mengumpat dan mencaci.

Kedua: Merosakkan harta benda dengan merompak, menyamun, mencuri, menipu dan sebagainya,

Ketiga: Mencabuli keselamatan dan kebahagiaan dengan cara keganasan, penderaan mental dan fizikal, pukul, bunuh, perbuatan sihir, ilmu hitam dan sebagainya.

Keempat: Merosak rumahtangga melalui perbuatan curang dengan suami atau isteri yang menyebabkan runtuhnya institusi keluarga. 4



Jika kita miskin di dunia masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat? Siapakah yang akan bersimpati, siapakah yang akan menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita daripada azab seksaan neraka Allah SWT?

Justeru marilah sama-sama kita menghitung diri kita, adakah kita sudah berada dalam gaya hidup yang diredhai Allah ataupun gaya hidup yang dimurkai oleh Allah. Andainya kita telah berada dalam keredhaan Allah, maka kita pertingkatkan dan gandakan lagi agar ianya lebih mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. Andainya kita menderhakai kepada Allah maka bersegeralah kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah, mudah mudahan kita diampuni Allah dan dilimpahi dengan kehidupan akhirat yang penuh dengan nikmat.


 
gambar sekadar hiasan
Oleh: Ust. Abdullah B Samsudin