Sunday, October 13, 2013

SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN& KECANTIKKAN..

Assalamualaikum .. Cantik tak bermakna cantik di luar sahaja tapi dalaman kan...maksud aku penjagaan kesihatan yang sempurna...skang byk tui produk2 kesihatan kan..byk produk yang bagi kita tenaga tambahan dan untuk kelihatan berseri2 dari luar dan dalam.. cam aku sendiri yg dh beranak pinak nih..hehe..anak baru 3..then di samping sambung study...bekerjaya mmg la melalui rutin harian yang sangt pack dan padat...tak dapat dinafikan ada masa2 mmg stress ngan hal anak2 n kerja yang sentiasa never full stop and never end mmg memerlukan sesuatu untuk diri.. So far aku amalkan beberapa produk dan amalan yg aku suka lakukan..contohnya ke spa sesekali sekala..untuk massage..then untuk muka lak..aku akan pakai night cream (nnti I share k),..then toner..pelembab...BB cream and so so on la... Then untuk supplement Kesihatan nih..kt atas antara yang aku amalkan.. Aura White..leh search..byk kebaikannya..untuk wajah dn tona sekata..bagi kulit licin halus gitu..amalkan sebelum sarapan dan malam before tidur Vitamin C 1000 mg..Blackmores..dh aku share kt entry before nih kan...vitamin c as we ols tau mmg byk kebaikan dan sgt penting utk kita.. Examo from Era Edar........supplement ni very very good ok.bukan untuk aku aja malah utk anak2 aku...examo adalah makanan kesihatan untuk minda dan mencergaskan otak..cam aku kan dh mahasistua kan..hheeh..so mmg otak kdang2 agak 'berkarat'leh kata gitu..so kena la amalkan examo ni.inshallah mmg membantu.. Kita tak salah mencuba dan amalkan untuk kesihatan kan..badan kita pun cam keta..kalau tak service..kowang bayangkan keta tuh jadi cam na..begitu jugak pokok bunga jika tak dibajai..tak dijaga..mmg akan layu...(petik daripada kata2 rakan sepejbat aku yg dh berusia 52 thn..thanks for ur kindly experiences...) its help me a lot.. Apapun..kecantikan bukan terletak pada rupa paras semata2 kan..tp juga tingkah laku dan cara2 kita bercakap dan berinteraksi...kan..

Saturday, October 12, 2013

KERJA DI HARI MINGGU

Assalamualaikum.. Hari ini hujan agak lebat..tp kejap hujan kejap berenti..di awal jam 6:50 pagi aku telah keluar rumah dengan anak2 ku..buat apa cuti2 gini keluar..cam aku citer kt entry sebelum nih aku kena bertugas di UTC..bulan nih aku kena bertugas dua kali...husband pun keluar seiring dengan kami tadi..tp ngan kenderaan yang berlainan la sebb dia menuju ke kelas dia yg mmg tiap2 hari Sabtu..last week aku mmg tak dak weekend sbb jumaat dan sabtu ada kelas di UUM.. destinasi pertama adalah ke rumah mak aku..hantar safiiy ammar dan sufi amira ngan tok dia..sonok la dpt dok ngan tok...:)) aku smpai umah mak tadi..dh terhidang nasi lemak dan nescafe panas favourite aku...tq mak....hari ini aku bawak sufiya temankan aku di UTC.. Sampai ja tadi..cuaca mmg mendung..hujan dh berenti...ku parkirkan kereta betul2 depan utc..tak larat aku nk menapak jauh kt ofis aku ...walaupun jarak nya kalau jalan kaki 5 minit gitu..sampai2 ja..fuh..kena menapak nek tangga lak ke tingkat 4...pecah peluh pagi aku...escalator dalam pembaikan kekdahnya..sabau je mak jemah..pastu..smpai2 lak..sorang petugas yg sama shift ngan aku pi mana tah..terjenguk2 aku..dh la lom punch card....tong ..ting...dpt idea turun lak kt pejabat LHDN kt utc gak..tumpang punch card..leh gitu..heheh..mjur la depa sngt baik hati...emmm naik ja atas terus call rakn pejabt mintk no tel ct fatemah yg bertugas dengan aku...syukur dia sampai selepas itu...rupanya keta dia rosak tah apa...em lega sbb aku dh punch card..kami yang bertugas jumaat n sabtu nih..kalau shift pagi 8;30 hingga 3;30 petang..pastu kalau malam..3;00 hingga 10;00 malam... oo ya..hari nih aku bawak sufiya temankan mama..maklumla first time bertugas..so mmg nk ada teman..hehe..gi pun time break nnti nk bawa dia beli barang2 personal..n preparation raya haji serba skit... emm masalah keja hujung minggu? emm bagi aku ok ja..suka suka..sebb dapat elaun overtime yg masyukkkkk..then leh jumpa customer seterusnya bagi info2 pada mereka kan.. OK la i nk smbung keja..emm keadaan skrang..masih lom ada sesapa pun yang mai..cuma kebisingan yang nyata di luar sbb ada renovation escalator....pencemaran bunyi..don don like ar.. bye.,.selamat berhujung minggu

Thursday, October 10, 2013

TIPS PENJAGAAN GIGI

Senyuman yang cantik dan manis apabila gigi anda tersusun dan tersergam indah..hehe boleh gitu...Gigi merupakan satu aset penting kerana gigi yang cantik akan memberikan keyakinan untuk kita senyum,bercakap dan berhadapan dengan orang. Kebersihan gigi juga menyumbang kepada masalah bau mulut sebab tu penting untuk kita menjaga kebersihan mulut, gigi dan gusi...Bagi aku sendiri, selalunya kt ofis..sebelum solat Zuhur, msti gosok gigi ataupun di waktu lepas makan time lunch atau bfast...........dn tk silap aku di sunatkan kita bersugi sebelum solat..(kena check balik nnti)..kt bawah ni antara tips yang aku try search kt google dan kita leh la amalkan...

Pemakanan

Pemakanan mesti dijaga, kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia  melekat di celah-celah gigi.. Bukan dilarang makan, cuma kurangkan pengambilan. Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan korang tercungkil-cungkil gigi guna lidah selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.

Berus Gigi

Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa fresh dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi. Sekurang-kurangnya beruslah gigi 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur.Dan yang paling penting sebelum tidur sebab, sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi tak dalah bakteria berkampung lalu terjadinya karies di situ.



Cara yang betul?
  • Gunakan vertical technique. Gosok ke atas dan ke bawah atau lebih tepat membulat  (circular motion). Sekaligus dapat mengurut gusi-gusi sekali. Urutan pada gusi penting sebab boleh stimulate blood flow dan menyihatkan gusi.
  • Cara horizontally tak bagus, kerana boleh menyebabkan:
i) lapisan enamel pada gigi terhakis ( abrasion )
ii) bulu berus gigi (bristles) boleh mesuk ke ruang kecil antara gigi dan gusi.
  • Jangan gosok terlalu kuat. Gosok dengan sederhana supaya tidak melukakan gusi dan menyebabkan lapisan enamel pada gigi terhakis.
  • Pilih bristles ( bulu berus gigi ) yang lembut, nylon dan round-ended supaya tak akan merosakkan gigi dan mencederakan gusi.
  • Gosok juga lidah anda sebab boleh menyahkan bakteria yang ada pada lidah yang  menyebabkan plaque dan calculus serta mulut berbau.



Gunakan Floss dan Interdental Toothbrush

Menggunakan dental floss adalah cara terbaik nak keluarkan sisa makanan yang tersekat di antara gigi.Ia  juga boleh digunakan untuk membuang plaque yang terbentuk begitu juga dengan penggunaan interdental tooth brush.

Untuk cara yang lebih details tentang penggunaan floss. Refer website ni Dental Flossing.

Gunakan Pencuci Mulut Berflorida
Sekurang kurangnya kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur  tapi mesti digunakan selepas beberapa minit berus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan reaction antara pencuci mulut dan ubat gigi. Di nasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan mouthwash ni, jangan ambil sebrang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida  yang tiada kandungan alkohol sebab boleh menyebabkan ulcer untuk yang mempunyai gusi sensitif.

Elakkan Minuman Bergas atau Soda

Minuman bergas atau soda mengandungi asid seperti asid citric dan asid fosforic. Asid-asid ini akan perlahan lahan react dengan gigi dan menghakis permukaan gigi. Banyakkan minum susu, air putih dan jus.

  • susu = boleh menguatkan rahang anda
  • air putih = nuetral dan tiada microorganisma
  • jus =memberikan nutrient yang diperlukan oleh gusi dan gigi

Elakkan Merokok

Antara penyebab utama gigi dan kerosakan tisu mulut ialah merokok. Merokok jugak akan meninggalkan kesan kekuningan kepada gigi (jangka masa yang lama) dan melemahkan gigi. So gigi akan rapuh dan mudah reput.(tak tahan aku bila sumbody yg baru lepas rokok then berbicara..emm naik fenin den)

Kunyah Gula Gula Getah

Ada chewing gums yang tidak mengandungi gula yang sesuai digunakan untuk dikunyah setiap kali selepas makan yang bertindak untuk membersihkan gigi kamu.

Elakkan Pengambilan Alkohol

Alkohol boleh menyebabkan radang pada gusi, lidah dan tisu tisu lembut di sekitar mulut. Pengambilan alkohol yang banyak berkemungkinan untuk mengakibatkan kanser mulut. (arak dan seangkatan dengannya adalah HARAM..

Buat pemeriksaan Setiap 6 Bulan @ 2 Tahun

Ini adalah cara yang terbaik sebab membolehkan kita untuk buat scaling (cuci gigi) dan membuang plaque dan calculus yang terdapat pada gigi serta menampal gigi yang berlubang.

Kenapa kena scaling?
Bila scaling ia membolehkan kita membuang segala plaque dan calculus yang terkumpul pada gigi. Calculus ialah benda keras bewarna putih, kuning atau hitam(dah tahap serius) pada gigi. Paling biasa timbul di bahagian belakang gigi depan sebelah bawah dan kalau tak dibuang boleh menyebabkan pelbagai masalah gigi dan gusi.

Masalah gigi seperti sakit gigi, gigi berlubang, calculus ini terjadi sebab kita memandang remeh tentang penjagaan gigi. Bila dah sakit gigi, mulalah nak tension. Orang batuk pun rasa nak marah. Untuk elakkan sebarang masalah gigi, mulut dan gusi rajin rajin lah jaga kebersihan dan berus gigi... sebenarnya aku lam planning nk jumpa doctor gigi..ala nk pi yang Klinik Gigi 1Malaysia ja pun..menurut kata kawan2 aku..mmg service sngt cepat dan agak baik dan memuaskan..let's try..lagipun for government servant cam I nih free aja...emm last aku wat scaling 2 thn lepas...emm so moh la kita..
 

PETUGAS DI UTC



Assalamualaikum

Hari Khamis dh no..ish masa berlalu begitu pantas...hari ni aku ok..mood ok..keja pun smooth aja..alhamdulilah..

Minggu ni aku akan bertugas di Urban Transformation Centre (UTC) actually first time aku bertugas di sana setelah dilancarkan pada bulan ogos tahun ini.  aku mewakili MARA di pejabat kami sendiri.  sepatutnya aku bertugas sejak bulan Ogos tapi oleh sebb aku final exam kt UUM so aku minta ubah ke bulan Oktober..

Minggu nih turn aku hari Sabtu (12 Oktober 2013), pastu minggu sekali lagi 26 Oktober 2013, aku akan ditugaskan pada shift siang bersama seorang lagi rakan sekerja.  kira bulan nih kena dua kali la cover untuk keja hari minggu...bagi ok ja..seronok gak..dpt bertemu pelanggan MARA then dpt bagi informasi dan berkongsi maklumat memberikan satu impak dan kepuasan pada aku.  Tp..psstttt yg bestnya dapat claim over time..(masyukkk dn agak lumayan gak..) bolehla..tp amaun terpaksa dirahsiakan..hehe..tp actually ikut gaji pokok x jam bekerja ..lebih kurang gitu la..ok la kan..

Majoriti staff di pejabat aku sebulan akan bertugas sekali atau dua kali aja rotation ..so ok la kan...kira adil dan saksama la..yang penting dua orang petugas yang ditempatkan dapat menerima untuk tujuan pembayaran contohnya bayaran pinjaman mara dll lagi.

Pejabat kami di tempatkan di tingkat 4, byk lagi pejabat2 kerajaan lain contohnya LHDN, Tabung Haji, JPJ, ..Kedai buku 1 Malaysia, Klinik 1Malaysia..dn lain2 lagi...

Minggu nih aku plan nk bawa sufiya temankan aku...dia pun dh besar leh temankan mama..adik2 lak aku hantar kt umah tok...mjur la umah tok tak jauh kan...untuk bulan nih kedua2 hari kena hari Sabtu..kira ok la sebb kalau dok umah pun husband aku tak ada..sbb dia ada kelas every sabtu..

Pendekatan kerajaan mewujudkan UTC adalah sngt releven dan membantu orang ramai yang ingin berurusan terutama pada hujung2 minggu..dan yang pastikan akan beroperasi sehingga 10:00 malam..so sesapa yg ada urusan dn sibuk waktu keja leh dtng on weekend ..kalau di KL UTC kt Pudu kan..

Bagi aku lak kebaikannya..dpt la extra income...hehe tak gitu..dn pada masa yang sama dpt mendekatkan lagi diri dengan masayarakat seterusnya membantu menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

sekian,...daaa..

Wednesday, October 09, 2013

Bikin AMARAH ja..

Assalamualaikum...
bukan amarah apapun..ni hah..BlogSpot hari nih awat tak tau..nk upload gambar berejam lamanya..last2 aku kansel..fed up ar..nk marah la gini..haishhh..bagi aku entry without foto kurang skit asyekk.

ada la nk stori..tp dh tak ada foto..simpan dulu citer berkenaan..ok hari ini ok ja..smpai ofis awal skit dari semalam...semalam mmg punch card merah sbb hujan +jammed...plus hantar anak2 di beberapa tempat..moralnya hari ni kuar awal lagi dari biasa...

Sampai pejabat terus jumpa Timbalan Pengarah discuss hal keja hari ini dan perancangan kerja ..so so on la kan..then terus jumpa Timb Pengarah Khidmat Pengurusan lak..ada discussion dgn beberapa officer..emm dh settle tuh terus pi melantak nasi pepagi buta ngan my hubs...nk kata pagi dh 10 pagi la...alahai lapaq ke nasi la pulak pepagi..nasi campur la pulak tuh..ikan bawal dan sambal tumis bilis n ayaq asam...kenyam mak jemah..

Ok la..heran gak aku nk BlogSpot nih..sabau je la...

Tuesday, October 08, 2013

TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI PULAU PINANG.

Venue: Masjid Terapung, Tanjung bunga Pulau Pinang...sufiya & Safiiy ammar
Masa bwk anak2 jenjalan awal tahun ini...


Lunch tadi hubs ajak lunch..maklumlah dh beberapa hari tak bfast ngan dia..sbb isteri dia jadi bz woman dua tiga hari nih..sorry la wahai suamiku...terpaksa rela..

Ok just nak share..sebelum aku balik ke kampong asal aku skang nih..aku nih kategori perantau la jugak kan..start dari zmn uitm aku kat uitm jengka yang penuh kehijauan ..3 tahun aku di Pahang..then hbis2 ja study aku sempat dok kt kampong jap ja..then dpt offer kt HQ, KL..aku dok key el..lam 3 tahun lebih kurang..pastu...dh kawin..aku mohon tukar balik Penang..sbb suami keja sana...makanya sempat la dok kt penang..hampir2 dua tahun.....
..kt Penang..tak dpt dinafikan byk sngt tempat menarik..........kalau dulu balik keja..msti suami akan amik dn pasti kami tak lepaskan peluang nak makan2 kt Padang kota lama, pastu mengambil anginpetang kt Batu Feringgi...pekena ikan bakaq kt Ismail ikan bakaq kt Pantai Seagate, menyusuri bukit bendera melihat tinggalan sejarah lama...menarik kan..tpi seperti yg umum ketahui..Penang nih yg tak bestnya padat sngt...dan selalu jammed..kira ala2 KL la gak kan...

Ni dok sebut penang..penang nih..rasa cam nk bawak anak2 jalan penang..last bawak diorang masa bulan 2 ritu.....byk gak kenangan2 di sana.....akhirnya good bye penang...kini aku pulang ke pangkuan family di kampong halaman..teringin gak nak dok di perantauan..tapi target aku MARA London ok.haahah..verangan..hmm tapi mana tau kan..mimpi jadi nyata..

Ok just nk share some experience kt Penang..kalau nk melawat tempat menarik...

1) QueenBay Mall - untuk kaki shopping la...Mall yang terbesar di utara..

2) Bukit Bendera - Melihat panorama indah Pulau Pinang

3) Teluk Tempoyak - Restoran dan chalet yang berada di tepian pantai...ikan2 yg sngt segar di restoran..

4)  Balik Pulau -Gerai Laksa Pokok Ketapang...mmg masuk JJCM ..laksa dia mmg piawww laksa penang mari...

5)  Padang Kota Lama- Panaroma indah di tepian pantai..sambil menikmati pasemboq dn makanan laut yg lain.

6)  Persiaran Gurney.- lebih havoc..ramai pelancong2 omputih..rasa cam dok kt Hongkong pun ada...sejibik cam citer cina kt tv 2 ..heheh..

7) Batu Feringgi - leh mandi manda...leh lihat keindahan pantai yang sangt cantik dan menarik.

8) Teluk Air Tawar (belah Seberang Perai)- char keow teow Penang yang sejati..

dan banyak lagi tempat2 menarik yang boleh dilawati di sana...kalau mai jalan penang..tak rugi kalau lajak belah Kedah dan Perlis....nnti next2 entry leh share pasai negeri ini pulak...