Thursday, March 05, 2009

a Story Without title...


Hari nih penin gak kapla..dok belajaq ngan sifu izan nk ubah gmbar kt tag blog aku nih..dari pagi tadi lagi la aku dok try buat..sat letak gambar itu la ini la..at last aku letak gambar spt yg tertera di atas..mklumlah aku baru ja nk belajar perihal blog mengeblog nih...tpi tui la blog lgi snang dari fp.....yer la kalau fp kena imageshack la itu la ini la...to izan tq sekali lgi byk bg tnjuk ajar ku sifu...

hmm hari nih kamis, esok n lusa dh cuti..ahad keja ...isnin cuti plak Maulud Nabi..cuti lagi..bos aku dh ada hari ni..so agak bz tapi yg herannya aku tetap dok pulun nk belajar mengenai blog mengeblog nih..kira kenkonon masuk exam la...(emm next month exam PTK) ...aisey buku lansung tak sentuh lagi pun...hmm nnti la esok nk peksa malm pun smpat lagi nk baca kan..leh tak cam tuh..huhuhu

tadi rehat time tadi aku kuar jenjalan ngan kak harni (opismate aku la) niat tuh nk window suping je..then singgah la First Lady..terus nmpk satu bju yg aku sangt berkenan..amik la sehelai...maklumlah baju yg sedia ada lam almari amat la Sungguhla membosankan, tapi baju yg aku beli tadi tuh..very simple kaler hitam then ada manik2 so luvly la..bagi aku la..kalau orang lain tatau la..aku nk kai ngan kain corak batik yg sedia ada dh..black n white…emm kira bulan nih aku kena la beli beberapa barang yg tak sepatutnya aku beli, cam hp, jam tangan, cincin, brooch2 …maklumlah penyamun tuh hankut bis brg2 aku kan……kira ralat gak la brg tak patut aku beli kena beli..ptutnya duit tuh leh guna utk menda lain..tuh la kan .orang kata tak dak rezeki..hmmm cian kt diri aku..smpai skrang aku sedih lagi..bukn apa mengenangkan..brang2 yg hilang tuh…yg plg sedey cincin kawin,tunang dan gelang tangan kawin aku..(sedih gila) takpa la penyamun munkin di dunia hg terlepas tapi di akhirat..
tadi kawan ofis ajak pi aerobik esok pagi ..hmm tingin nak pi ..tpi start kul 8..emm awal sangt..yer la time cuti2 gini la aku nak kemas umah, basuh kain dsb nya ..time cuti cenginila leh jadi suri rumah sepenuh masa..mmg all out la wat keja rumah..rasa cam terapi lak bila umah dh kemas dan tersusun rapi......so tatau la nk folow atau tak kak jas pegi esok.. ..kalau main badminton tuh ..munkin kot..sebb skang nih my husband dok main bdminton kt court tertutup ngan geng2 dier..last week pi sekali..mmg best la....mmg pecah peluh la..paham2 ja la jarang wat eksesais kan...aku skang nih nk reduce weight lam 3kg lagi..aku ikut program kauseling penurunan berat badan ..so far alhamdulillah dh turun 5kg sejak 8 bulan lalu...ramai gak la kawan yg tegur akan perubahan..maklumla aku kalau badan naik..muka mmg tembon la kata...huhuhu..so Doktor kata ikut BMI berat badan kena turun lagi 3kg...hopefuly berjaya la.....ok la that all for today...daaaa..adios..
* gambar di atas hanya hiasan semata2..maklumlah cerita tanpa gambar kureng memberansangkan..tui tak...
mama n pia..(cable car, langkawi 2008)

Tuesday, March 03, 2009

Meeting Di Pulau Tuba, langkawi


suasana indah Pulau Tuba, menggamit citra rasa pengunjungnya...
owh ya tngk la aku..sunguh kusyuk mengamik minit mesyuarat kan...


time nih dok tunggu bot nak ke Pulau Tuba ..



PANOROMA INDAH DI PULAU TUBA..


Mesyuarat Pengurusan & Perancangan MARA Negeri Kedah Bil 1/2009. ..hmmm meting ..meting dn meting lagi..kali nih meting di Pulau Tuba, Langkawi . baru dua minggu lepas meting kat Ulu Legong Baling. …tapi sonok gak bila meting kt luar nih..kali nih wat kt Pulau Tuba lak. Bertolak dari Jeti Kuala Kedah pagi la ..lam kui 9.30 pagi sampai kt Jeti langkawi, terus move naik feri ke Pulau Tuba plak..mmg berombak la perut aku nih….


Pulau Tuba nih..mmg terkenal ngan produk gamat asli dan yg plg top sekali SEAFOOD la…mmg malam tuh pas abis meting…ada BBQ mmg makan segala mcam seafood la..ketam, udang, sotong, ikan ..semua baru je tangkap..pergh makan tak hengat la…pastu acara berkaraoke plak..msti korang heran kan nih pegi meeting ke pegi makan angin kan...


.tapi cam tuh la..bos aku nih suka acara sebegini rupa…orang kata 3 in 1 program..meting, beriadah dn mencari ilham baru…then…esoknya pagi sambung meting pastu ada Program MARA turun Padang…korang cuba check paper..ada gak tuh muka aku..lam paper Sinar n Utusan tak silap..sila la semak yer..program kt Pulau Tuba…kira program kemasyarakatan la..program nih dirasmikan oleh YB Dato IR Nawawi bin apa tah..ADUN KUAH…hmm so setelah dua hari di Langkawi hari Khamis pun balik la aku serta rombongan kami semua..kami semua lam 30 orang la..Pengarah, TP, dn semua Pegawai MARA Daerah seluruh Kedah…oleh kerna dek keletihan yakmat..penat wooo jalan sambil meting nih dh la amik minit kan..so aku terus je balik abis je program takjenjalan kt belah Pekan Kuah pun..kira aku sempat supping skit2 buah tangan kat Jeti Point je la..beli cekelat2..(cam la kt aloq setaq takdak cekelat kan) tpi yer la kt langkawi kt murah skit..then beli kain batik..cenggitu je la..tak larat la…aku mmg all out la tahun nih sejak hujung tahun 2008 hingga skang nih..tak penah amik cuti lansung hatta mc sekali pun…


kesibukan yg melanda membuatkan diriku betul2 letih..letih otak..letih badan..bila la aku tui2 nak bercuti..bukan cuti sambil meting cenggini….ayuh saksikan gambar2 aku di sana…




Monday, February 23, 2009

Tidur lah Sayang (Petua)




Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba......
bestkan jadi seorang ibu....
nota kaki* Hasil copy paste dari emel aku....emm mmg patut kita praktikkan pd anak2 kita....alhamdullilah so far dari 5 petua nih..aku turut amalkan pd pengarang jantung aku sufiya adriyana..aku tngk sufiya semakin hari semakin berdisplin dan mendengar kata..syukur..insyallah ilmu yg baik jika kita kongsi..akan bertambah lagi ilmu yg dimiliki..yang baik dari Allah swt dan yang buruk dari kita sendiri ...wallahualam...aiceh cam ustazah norbaiyah plak rasanya eheheh...

Sunday, February 22, 2009

KHASIAT MEMELUK ISTERI...



Khas Buat SUAMI, KHASIAT PELUK ISTERI-
Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN ... YG BELUM KENA CEPAT2
KAHWIN)
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat
setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan
kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan
tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan
pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut
terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk
Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di
Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat
Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain
mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan
dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah
s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan
suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan
isteri.
``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan
peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh
peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih
cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan umatnya berkahwin ... :-))

Seks adalah Multivitamin?
Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka
segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa
melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak ... beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari
kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit
kepala.
Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan
hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan
memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa
semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "ubat sakit kepala" yang
dikeluarkan.
Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan
meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa
saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika Anda
sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung
meningkat.


conthnya spt foto di bawah (sang suami sedang memeluk isterinya..)
(venue: Lost World Of Tambun, Ipoh Perak..2006)

Thursday, February 19, 2009

Apa yg patut aku lakukan??




Semalam mmg betui2 banyk keja...ngan minit mesyuarat, ngan update maklumat LPP la..mujurlah ita student praktikum UiTM bnyk menulun aku...makasih ita..maklumla budak ANugerah Naib Canselor...mmg cemerlang,gemilang dan terbilang la..sius nih..Degree in Finance..dier la banyak tulun aku..ok itu bukan fokus utama nak citer...tapi alkisahnya semalam aku mmg moody dan mmg amarah la..(dh la 1st bendera merah) paham2 je la kan..mmg hangin je satu badan...kisahnya cenggini...opis aku skang nih ada 6 org student praktikum..sorang under aku yakni ita tuh la..dier mmg OK sesangat la kan..then ada lagi 5 orang yg lain unit lain..emmm dua orang budak UUM dan tiga orang budak Poli....yg bestnya tiga org budak poly tuh..budak SS ..budak sains sekeruti la apa lagi..bebudak seketeri..tapi perilaku tak cam budak seketeri pun...yg tau..berborak2..berjalan2 makan2 dan sebgainya yg tak sewaktu ngan hal keja la..suka ym..bertenet..aku takpa la ..depa mana leh depa kan budak praktikal..huh..nk jadi citer sorang budak nih nama Nakiah ka kak kiah tah apa tah...TimB Pengarah aku bg keja la kat dier suh type surat jabatan..before tuh aku dh kata kalau tak phm ka ..mengong ka..blur2 ke hal surat2 nih tanya la aku....nk jadikan citer....aku mmg bengang la kemarin..(nih dh shortcut citer nih..) terima call dari jabatan INSPIN kata surat yg MARA antar silap tajuk apa bala tah..yg bestnya operator pejabat aku nih apa2 call msti pass aku kt aku..cam aku nih kaunter jawab soklan...dh la tuh surat dalaman dier guna letter head..tapi patut guna memo je..budak nakiah nih mmg la..last2 aku keloi dier masuk bilik aku la..aku mmg menegur dan sedikt amarah la..ditambah ada kak senior opis aku nih senang citer makcik la kan..tegur dier ngan memerli skit...so pe lagi menangis la budak tuh..(tak teriak depan aku tapi depan kawan2 dier)...huh..simpati la gak..tapi ......pe pendapat korang........apa yg harus ku wat............kt budak nakiah nih...??


A) wat tatau..nampk je dier buat tak nmpak

B) ajak dier banjer makan...(tapi dier yg bayar...kononnya aku mmg nak banjer tapi lupa wak purse)

C) teruskan sesi marah dan bagi dier banyak2 keja lagi..walaupun dier agak konpius..dan tak phm wat keja..

D) perli2 dan booo dier depan orang ramai..(cam yg nogha, nojah, emie, zidah dn ramai lagi ..masa kt uitm jengka dulu2 tuh..ala time. booo budak SS14 tuh(nama lin kot)..last2 lecturer dier panggil kita masuk lam kelas diorang amik nama dn no matrik kot..ntah tak hengat..

E) nasihat dier leklok cara wat keja yg betoi..jangan pakai hentam je ikut suka hati mak bapak tiri mentua sebelah mak lang dier je...


so pe pendpat korang..sian gak si nakiah nih...emmm cian kan...




Tuesday, February 17, 2009

Meeting...(HOT SPRING Ulu Legong Baling..




12 & 13 Februari hari tuh kan aku pi Meeting..(Mesyuarat Pentadbiran) tempat spt tajuk di atas..alkisahnya aku la Setiausaha Mesyuarat..mmg letih wey..dh tuh..nak pi Baling nih dari ALor Setaq lebih kurang 2 jam..mmg hulu la tempat nih.kira lalu perkampungan orang asli...mmg pure asli la..siap bawak sumpit lagi..yg bestnya sambil meting leh la melihat panorama indah..kat hot spring nih ada beberapa kolam yg leh mandi manda la..kolam nih bukan sebarang kolam tau..tapi kolam air panas.semulajadi ada tahap2 nya la..nak badan melecur korang masuk la yg no 1..gerenti la...yg hitam jadi putih..yg putih jadi hitam hahahah...ok bis citer hal meting kang citer bebanyak pun boring..aku pun mmg boring meeting2 nih ..kan pe kalau meting kat luar aku merindui si manja aku ..sufiya la..rindu wooo..tingai sat ja dh ingt..tuh la malaih nak pi meting kt luar..tapi bos aku kata meting kat luar nih as penghargaan pada staff..katanya...dier takpa la anak2 dh tua2 dh..pepun makasih bos...nih la antara foto2 masa meting hari tuh..malam plak ada ceramah motivasi dari bos aku sendiri.ya la bos aku tuh pakar motivasi gak..sekian warta kali nih...