Monday, March 04, 2024

TIPS MENJADI IBU YANG BAIK


1. **Berikan Kasih Sayang:** Berikan kasih sayang kepada anak-anak anda dengan memberikan perhatian, cinta, dan perhatian yang mereka perlukan. Sentiasa tunjukkan kasih sayang dan berikan mereka rasa aman dan selesa.


2. **Sokong Perkembangan Mereka:** Sediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan anak-anak anda. Galakkan minat mereka dalam pelbagai bidang dan sokong impian dan cita-cita mereka.


3. **Berkomunikasi Dengan Efektif:** Berkomunikasi dengan anak-anak anda secara terbuka dan efektif. Dengar mereka dengan teliti, beri nasihat yang baik, dan beri mereka ruang untuk menyuarakan pendapat mereka.


4. **Jadilah Teladan Yang Baik:** Jadilah contoh yang baik bagi anak-anak anda. Tunjukkan kepada mereka nilai-nilai yang penting seperti kejujuran, bertimbangrasa, dan kesabaran melalui tindakan anda sendiri.


5. **Berikan Pendidikan Yang Berkualiti:** Berikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak anda. Sediakan akses kepada peluang pendidikan dan galakkan mereka untuk terus belajar dan berkembang.


6. **Berikan Disiplin Yang Sopan:** Berikan disiplin yang sopan dan adil kepada anak-anak anda. Tetapkan had dan aturan yang jelas dan berikan konsekuensi yang sesuai apabila peraturan dilanggar.


7. **Jaga Kesihatan Mereka:** Pastikan anak-anak anda mendapat pemakanan yang seimbang, cukup aktiviti fizikal, dan tidur yang mencukupi. Sentiasa jaga kesihatan mereka dan berikan perhatian kepada keperluan kesihatan mereka.


8. **Bina Hubungan Yang Kuat:** Bina hubungan yang kuat dan rapat dengan anak-anak anda. Luangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka, terlibat dalam aktiviti bersama, dan kongsi pengalaman dan perasaan dengan mereka.


9. **Bantu Mereka Mengatasi Cabaran:** Berikan sokongan kepada anak-anak anda untuk mengatasi cabaran dalam hidup. Berikan dorongan, nasihat, dan bantuan yang mereka perlukan untuk menghadapi cabaran dengan keyakinan.


10. **Bersyukur dan Bersabar:** Bersyukurlah atas setiap momen yang anda lalui bersama anak-anak anda, dan bersabarlah dalam menghadapi cabaran dan kesulitan yang mungkin timbul dalam perjalanan menjadi ibu yang terbaik.


Menjadi ibu yang terbaik melibatkan kesabaran, komitmen, dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Sama-sama kita usahakan untuk menjadi ibu yang memberikan pengaruh positif kepada anak-anak dan membantu mereka berkembang menjadi individu yang cemerlang.

Wednesday, November 13, 2013

WW: NADIKU, KEKUATANKU



Throwback, awal tahun 2013, baby mira pun tecik lagi..merekalah sumber kekuatanku..tersayang dunia akhirat..love till Jannah..inshallah..:)

Venue: Pendang Lake Resort

Tuesday, November 12, 2013

ANNUAL DINNER 2013

Assalamualaikum...

Selasa nan menjelma.........alahai hari Jumaat ni ada Annual Dinner la.......kt hotel la kan...short notice jugak..mmg dh tau since dua  minggu lepas..dh tu bagitau ada tema lak..last minute...theme Red & Black, modern style& glamour ..fuh..kiranya start hari nih aku kena survey la baju apa yang aku nk pakai...modern style? alooo...lari skit tema leh kot kan...dh jumaat nih aku bertugas di UTC..habis ja bertugas kui 3 petang kena rushing balik amk hubs and anak2 hantar kt kampong jap..sbbnya aku akan pegi dengan husband, dan sufiya ja..adik2 aku tinggalkan kt tok..bukan apa kesian kt yang kecik2 ..diorang nnti msti la mengantuk bagai kan...ada yang amuk2 la..so for safety mmg aku n hubs buat keputusan hantr kt mak aku jap..ala bukan lama mana..dinner start around 8 lebih smpai pkui 12 gitu la..

Emmm...hujung tahun gitu bukan saja annual dinner ..ada gak...jabatan aku wat trip ke Hatyai 29 Nov nih..tapi staff ja la..dok pikir2 gak nk pi ke tak..sbb bulan Jun tengah tahun nih aku dh pi Hatyai...tanya kt husband aku dia bagi aja..tapi aku la cam nak ke tak nak..tapi tak pi cam rugi sebab ditaja sepenuhnya..dari makan, penginapan dan pengangkutan..tak ke best kan...tapi shopping sendiri mau ingat la..duit sendiri la..heheh

Ok la..satgi pukul 9.30 nk turun ada jamuan pembukaan café baru...kawan aku punya..Pelangi café...rezeki di awal pagi..

Red & black...my favourite colour....:))

Monday, November 11, 2013

SUAMI AKU USTAZ

Assalamualaikum

Hari Isnin telah menjelma bersamaan 11 Nov 2013...dh nk sampai penghujung 2013..byk benda yang masih berlegar2 di minda..ada yang terlaksana, ada yang tidak dan bakal di bawa ke tahun baru yang bakal tiba.

Oh ya just nak share.........aku baru habis baca novel ini..SUAMI AKU USTAZ....ok baca novel tuh normal la bagi kaum perempuan cam aku nih kan.....mmg aku adalah pencinta novel sejak zmn sekolah rendah...tapi sejak aku kawin dn anak tiga nih aktiviti membaca novel aku dh mula terhad....jawapan klasik dari semua orang...tak ada masa...arghhh alasan kan....:)  and satu lagi rahsia ...novel ni aku habiskan setelah 8 bulan.........tak percaya..betul...aku mula baca pada bulan Mac 2013...then aku stop sbb byk asgment UUM..then aku smbung balik..aku stop lagi sbb nk final exam..and so so on...tapi sejak aku kurangkan atau dalam erti kata lain aktiviti berinternet (whats up, instagram bagai) aku dh mula membaca novel balik....skang nih aku baca Adam dan Hawa.........tapi tuh la tak habis2 lagi..dh masuk minggu kedua dh nih...bukan tak dak masa....Allah swt bagi kita masa 24 jam sehari..kita boleh beribadah, bekerja, memasak, melayan suami dn anak2 , ber chill dn sebagainya lagi..aku kadang2 boring sngt bila orang kata tak ada masa la..sbb keja byk la itu la ini lah..yang tak boleh blah bila masih lagi anak dara ataupun maybe kawin baru anak sorang ke..(oppss sory yer kalau ada sesapa yang terasa..) aku cuma luahkan apa yang aku Nampak dan perasan .......conthnya aku ada bagi satu komen kt fb, kat pangkat bagi aku ..adik2 la...dia mmg suka wat status panjang2..cam essay pun ada..then aku komen..wow..menarik nih...kalau rajin mengarang gini leh tulis kt blog..then...fine la kan..dier boleh jawab leh..tak ada masa la akak...keja byk ..tak minat..oooo so so boring...bukan dia sorang..tapi ramai lagi yg suka bagi alasan gitu..cam di pejabat aku nih.......masa aku anak sorang..dia dh dua orang...dia selalu cakap...fiza tak apa la anak sorang boleh groom dan make up bagai........dia aku tgk agak 'belemoih'skit la kan..........tapi.....bila aku beranak 2 dn now 3 orang anak..aku ada masa ja untuk diri.......come on la ...don't give a silly reason.....bosan tau tak..aku kalau bosan..mmg ketara nmpak kt wajah aku nih..huh...ops lari topik..pepun..this novel agak menarik..byk penerapan nilai2 Islam dan banyak jugak diselitkan kisah2 Nabi, hokum Halal Haram..cara menjaga adab2 sebagai sang isteri mahupun suami...emm tak rugi kalau nk membaca..pada sapa  yang ada masa ok..kalau tak dak masa ..byk alasan..good bye..hehe

ok la selamat bekerja.tak kiralah anda sebagai suri rumah, cikgu, PT, bos atau sesiapa saja..just happy2 ok..have a nice day..assalamualaikum..:)

Sunday, November 10, 2013

SELAMAT HARI JADI yang ke 3 tahun...SAFIIY AMMAR



Assalamualaikum..

Semalam 9 Nov 2013, bersamaan hari sabtu adalah hari lahir Safiiy Ammar ,putera kesayangan aku yang ke 3 tahun..tiada ungkapan indah yang mampu aku ucapkan selain kucupan kasih buat anak yang ku kandung selama 9 bulan dilahirkan ke dunia dengan penuh rahmat dari ilahi...sempurna buat mama dan abah. 

Tengahari kemarin lepas zohor  aku, husband dan anak2 ke Tesco Mergong, A.Setaq ja.......bawak safiiy ammar, kakak and baby makan2 kt kepsi  sempena bezday safiiy...nnti kt nursery dia mst ada lagi bezday party untuk yang bulan Nov.......keluar umah lebih kurang kui 3 petang ..terus masuk ke KFC, husband amik yang Family set ja...makan2 semua..then bawak anak2 ke tempat permainan ..suka la depa........

Yes..a very simple bezday celebration..tp yang penting anak2 happy...:)....kan.....ok tahun nih dh habis dh bezday anak2..first Sufi Amira 6.6 ritu..sufiya 14.10......and then safiiy 9.11..oo ya bezday safiiy sama dengan kakak aku jugak.....:))...next year pulak ..

 
Makan2 time @KFC


Lepas makan..bawak diorang main games yang menjadi kesukaan mereka..dn mengundang keboringan mama skit2..hehe..maklumlah..lepas satu nk satu lagi ..humm
kan..main sampai hujan........menaiki 'vespa'di keliling mall..hehehhehe...

Wednesday, November 06, 2013

WW: KEYCHAIN COLLECTION



Assalamualaikum..

Hoyeyy..kemarin mak aku bagi yg Gua Kelam, perlis dan kawan aku yg merangkap x teacher sufiya bagi yg Sabah punya keychain..

Aku mmg pengumpul keychain..suka sngt tengok..c ..aku siap gantung lagi..:)) comey kan..

Monday, November 04, 2013

GENAP 10 TAHUN AKU BERKHIDMAT


Genap 10 tahun aku bertugas pada 3 November 2003.  Sungguh tak sangka sudah sepuluh tahun aku berkhidmat untuk negara. Walaupun tugasku hanyalah pekerja biasa tapi aku jua menaburkan bakti pada nusa dan bangsa.  Memulakan tugas di Ibu Pejabat MARA, Jln Raja Laut di tingkat 21( Bahagian Kemahiran) ..sewaktu itu aku tidak kenal sesiapa..malahan pada hari pertamaku aku diajukan pertanyaan mungkin aku kroni sesiapa..aku sangkal sama sekali kerana semuanya adalah hasil usaha aku sendiri sewaktu temuduga..tanpa perlukan kabel2…bagi aku itu lebih berkat kan..J

…hari demi hari..mmg seronok bekerja di ibu kota, tapi hati aku meronta2 ingin pulang ke kampong halaman…bos pertama aku adalah wanita..yang sebaya dengan mak aku..walaupun dia garang tapi tersangat la baik hati dengan aku…..pemurah.  genap sebulan lebih aku bertugas di KL..aku bertunang pada 22.11.2003..menjadi tunangan kepada suami aku yg dulu bertugas di Pulau Pinang…

Walaupun bekerja di KL, aku masih mampu menabung di ASB untuk persiapan perkahwinan..alhamdulilah…rezeki tak pernah putus…hidup di KL..bagi aku biasa aja..mmg la seronok ..dgn lifestyle..tapi aku sudah mula berfikir lebih panjang tentang masa depan aku……hati aku lebih kepada ingin berpindah ke Penang..lebih dekat dengan bakal suami…bukan tak seronok di KL..tapi sejak zaman study aku mmg selalu ke KL..dengan kawan2 dan masa itu pulak suami study di UTM jalan Semarak..jadi mmg dh menjadi kebiasaan…

Akhirnya, pada 18 Disember 2004 aku diijabkabulkan dlm suasana yang sederhana…aku masih lagi bertugas di KL, namun rezeki berpihak kepadaku…


aku dpat berpindah ke Pulau Pinang dan ditempatkan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA , Balik Pulau.  Syukur pada ilahi……pada Februari 2005…….sememangnya pada 19 Februari adalah acara resepsi perkahwinan di sebelah rumahku dan rumah pengantin lelaki pada 23 Feb 2005…kehidupanku di Pulau Pinang hanya sesingkat waktu ..selama 1 tahun ½

Selepas itu aku bertukar ke  Negeri Kedah , negeri kelahiranku…Hari ini aku berada di MARA Kedah……..mungkin di sini rezeki aku..lebih dekat dengan keluarga, aku juga mampu membeli sebuah rumah..dan kehidupan aku lebih baik daripada sebelumnya..dikurniaan tiga orang anak…sudah tujuh tahun aku bertugas di Kedah…perasaan aku gembira sngat ..sebb di sini boleh dikatakan kos sara hidup masih lagi sederhana…

 

10 tahun…cepat masa berlalu kan..:)

Sunday, November 03, 2013

HARI IHTIFAL AN NAJJAH

Assalamualaikum
 
Baru-baru ini (26 Oktober 2013 bersamaan hari Sabtu,sufiya ada performance dekat Dewan MBAS, City Plaza, aloq setaq.  Sufiya mewakili Taska Al Hadhanah ..ok msti pelik kan awat la sufiya perform mewakili taska..yang sebenarnya sufiya transit kt situ..sek pagi kat sek SK Sultanah Asma..tp dh adik2 semua kt situ.......
 
Kebetulan hari sabtu aku bertugas kt UTC, then husband lak baru hbis exam so mmg kami free la..leh la tgk sufiya perform....kira dia jadi leader la utk persembahan2 tu........first sekali nyanyian nasyid Permata, dan second song tuh lagu Mother...tak silap la..pstu acara yg berikutnya lakonan..sufiya jadi cikgu...alahai tomey anak mama nih ok..:))
 
Mmg diakui anak aku nih mmg berbakat lam bidang seni nih...dan sukan..(baru2 nih dpt medal..congrats my dear)...
 
 
oo ya adik2 safiiy ammar, & sufi amira ..mama hantar kt umah tok..bukan apa nk masuk dewan2 nih...kang depa nih jenis aktif skit..mau ja marathon satu dewan tuh nnti..hehe..so utk ciri2 keselamatan mama hantar ke umah tok :)
 
Sufiya dengan jubbah yang ditempah untuk acara pada Hari Ihtifal......make up by cikgu2 dia la..:)
Mama tak lepaskan peluang bergambar ngan my anak dara...:P
Sufiya dengan cikgu2 yg sungguh comey lote...cikgu fatin, cikgu nurul, cikgu ina, cikgu su, cikgu Nabila dan cikgu siti..
Tak dilupakan bergambar kenangan ngan Mr hubs..


Apapun majlis berjalan dengan lancar........seronok tgk telatah dan bakat anak2 yang sungguh mengujakan..permata yang sungguh berharga...kurniaan dari Allah swt.

Wednesday, October 30, 2013

KPI KURSUS 2013


Assalamualaikum

Syukur sesangat..tdi aku update Laporan Penilaian Prestasi 2013 secara online (HRMIS)...pergh..ngam2 kursus aku untuk tahun nih ..7 hari..ok la kan..aku nih mmg la tak pergi mana tahun nih..maksud aku kursus2 yg diadakan outside dari Negeri aku la...semuanya kebanyakan kursus dalaman saja..
kalau dulu..masa anak aku sorang ..aku la raja yang pi kursus......kat mana tak pegi..satu Malaysia...ngan Dinner2..secretary's week la ..macam2 lagi..tapi kan sejak aku dh beranak pinak..(anak haluih2) nih aku mmg tak mohon dn kalau diofferkan aku byk menolak.  ada setengah orang suka pi kursus..ya la selain dapt tambahkan makluman , pengetahuan, dapat bersua dengan rakan2 dari pusat lain..and then..maybe leh kenal kawan baru semua kan...tapi tuh la..aku pun sama..mmg tersangt suka..mana tak sukanya..dpt relax kan minda..........makan dihidang......aktiviti2 menarik..........

camna pun..yang pasti this year kursus aku dh cukup 7 hari..itu yang penting..kowang yg keja gomen cam aku msti dh cukupkan? yer la itu kan kpi kita..........

Sekarang nih aku dh semak semua SKT, LPP ..mmg dh 95% complete..cuma nk submit ja lagi.....tahun nih byk gak program aku jadi urusetia dan ajk..aku ok ja..as long as kita bagi tenaga kita kepada jabatan dan membantu organisasi kan........'berkhidmat untuk Negara, cemerlang, gemilang, terbilang"...

Tuesday, October 29, 2013

KELAS LATIHAN RENANG



Assalamualaikum

Humai..supermak da bz la minggu sudah dn minggu ini....apapun nk citer gak pasai anak dara aku si sufiya nih..alkisahnya dari minggu lepas lagi dia gitau cikgu suh beli baju renang..katanya nk ke swimming pool..aku ni bukan tak caya..tp tak dak memo atau surat aku kadang2 wat derkkk aja...
tapi kemarin balik ja dari transit petang..sufiya hulurkan aku memo..surat kebenaran menyertai kelas latihan renang...surat permission waris..tatacara , baju renang bagai la kan..

Aku sebenarnya ok ja..tapi bab baju renang tuh..sufiya tak ada la plak kan..maklumlah aku tak berapa gemar sngt dedahkan anak2 ngan aktiviti main2 air nih..bukan apa..bukan tak bg lansung..anak2 aku kan kecik2 ..haluih2 lagi..kan ka marabahaya..kannn..

Pastu kemarin gak aku call cikgu yg in charge untuk kelas renang nih..aku tanya la mmg kena bagai ka bikini...ops...baju renang..:)..ckgu gitau..takat pakai seluar tight yg getah n baju rumah sukan pun hokey......fuh lega..bukan apa nnti membazir ja............then cikgu pun gitau program tuh one off ja..kira ikut silibus dalam subjek PJK ..ok la kakak sufiya ..pesan mama..hari Khamis nnti dok elok2..jangan hover2 sngt...

Emmm sedang asyik terfikir.cuti sekolah nnti nk bawak anak2 jalan ke mana ya...emm anak2 kecik yg adik2 sufiya nih hover acting skit..jepung kepung depa..tp kesian lak kalau tak kemana..tgk jadual mama dulu..kalau tak clash dengan kelas, ngan jadual weekend..boleh la kita jenjalan yer anak2 mama yg tersayang...

Monday, October 28, 2013

TUGASAN@ASSIGNMENT UNIVERSITI..

Assalamualaikum

Lately aku mmg a bit bz..hal keja..hal rumahtangga, dll lagi..biasalah..aku kan supermak..hehhehe..minggu nih pun aku bertugas di UTC so bulan Oktober nih 2 kali la bertugas..ok la rezeki kan..masyukkk gak tuh..

aku nih mungkin jenis agak fokus...sebenarnya untuk final semester di UUM yakni semester 10 nih la aku ada baki lagi 3 paper..asgment bagi setiap subjek secara purata ada 2 ke 3....so overall lebih kurang 6 tugasan la..byk gak kan..tapi aku punya pendekatan mmg tak suka buat keja last minute..tak kira la asgment..keja di ofis hatta keja di rumah sekali pun...aku ada pegang satu falsafah nih..since aku belajar diploma dulu lagi ' procrastination  is a thief of time' atau maksudnya Penangguhan atau melengah2kan masa adalah pencuri masa...ya betul aku setuju 100%..janganlah kita buang masa kita atau lengah2 kan sesuatu keja yang diberikan ...cam solat jugak ok..kalau dengar ja azan..seeoloknya terus tunaikan tanggungjawab kita sebagai muslimin ..hamba pada Nya..

Berbalik pada tugasan..aku dh submit via email tugasan Communication kt Prof aku before dateline 17 November 2013..kira aku hantar kt lecturer aku hampir sebulan awal..emm takpa la..aku nk fokus lagi satu lagi tugasan berkaitan leadership...yang nih group asgment......semua benda nih mmg aku kena bg komitment...mcm aku yg anak ramai nih..amatlah sukar nk buat tugasan kt rumah..jadinya..kt pejabt la aku buat....terutama time rehat aku pun bila semua orang dh balik ofis...terpaksalah..di rumah anak2 perlukan aku...

Harap2 aku dpt siapkan semua tugasan dan dpt score semester ini dengan lebih cemerlang..amin..amin...doakan aku yg kawan2..

Thursday, October 24, 2013

RAGAM ANAK-ANAK..


Tgk la aksi anak2 aku nih..sofa pun leh jadikan 'motor'..sabaq ja la..:)))

Adik baby pasrah la..follow abang n kakak sufiya..tgk kak pia..smpai terpejam2 mata..hmm kalau kena tangkap polis ..kena saman nih..heheh..maklumlah nek moto tiga orang..

p/s: mood tetiba teringat kt anak2 ku di sekolah dn nursery....moga mereka menjadi anak yang berakhlak mulia...terbaik dunia akhirat..amin

Wednesday, October 23, 2013

WW: MY Little Girl

 
Rambut se toet..kecik2 comey mama..:foto**raya haji 2013
My lil princess Sufi Amira...how fast time flies...dh pun 1 tahun 4 bulan & 16hari...moga terus membesar menjadi anak yang terbaik ..solehah buat mama n abah..takmo noty2 ya sayang..merap mama cukup pandai nih...:) kecik2 si cili padi..tp humai..makan kuat..:)) love u baby..

Tuesday, October 22, 2013

MUET TEST

Assalamualaikum.. Coretan pertama selepas hari raya haji...semalam 21 Oktober 2013 aku cuti tanpa rekod sebb amik exam MUET..pusat yang aku pilih Kolej Sultan Abd Hamid..senang skit.sbb dekat ngan ofis...alkisahnya..kemarinya Speaking test..then lagi tiga paper..reading, writing dan Listening bulan 11 nnti..humai.lambat lagi tuh 23 Nov.jauh lak gap kan..ok la leh la aku prepare.. Sememangnya kemarin masuk kt kolej..mmg terpinga2 gak la..pak guard lak bila tnya ujian MUET kat mana dia kata pi straight ja..last2 jumpa kantin student..hampagas.com tui la..dia bagi salah instruction..sabaq ja la ..rupanya buat kt STUART Library ..emm alkisahnya..most of student adalah lepasan diploma yang rata2 umur between 20-21..aku la sorang veteran perang hahahah..tapi yang best..ramai tak sangkarebel yang aku nih dh 32 tahun..dh ada tiga anak2..acehhh perasaan sekejap huwaaa..bila lagi nak perasaan kan..hehehe SO far speaking test..mmg ok la...as long kita speaking dan bagi point2 dengan sempurna..tips nya mudah..yang suara mesti jelas, eye contact , body language, at least bagi dua point supaya examiner terpegun..hehe...group aku tuh seorang lelaki dn tiga orang perempuan..Uitm sorang..then aku UUM lagi dua KOlej Universiti Insaniah... Habis speaking test..lebih kurang 12 lebih..aku terus bergegas amik pia..sbb babah dia lak ada exam..haihs pakat2 exam mak pak..kak pia pun this week exam..actually aku amik MUET sbb nak fulfil aku punya Degree..maklumlah aku dh semester akhir...silap aku gak ..masa kt uitm dulu aku tak amik muet..tuh la rugi...tapi tak leh u turn lek kan..yang penting aku suka new experience..at least give me more lesson to share with my kids and my friends..kan... ok la adios..get to go to breakfast..daaa..

Monday, October 14, 2013

SALAM AIDILADHA DARI FYZZ & FAMILY

aloooo cute tui ának2 lombu nih" credit to google Aku masih lagi di ofis..tadi memenuhi permintaan anak dara kecikku nk celebrate bezday dia kt school.mama pun gigih la beli kek n extra kek lagi untuk cikgu n rerakannya..suka la tuh..:) kesian gak sbb awal2 pagi time rehat kt sekolah tadi dh call mama tanya ..mama nk mai dk bawak kek..? tak ka rasa bersalah kan..so bagi tak hampakan sufiya, aku pun menghntar dua biji kek coklat utk pia n rerakan...dan jugak cikgu dia...janji anak happy kan.. Masih di pejabat nih..ramai lagi kt pejabat..masih lagi keja..tapi mood raya sudah mali woo..:)) aku cuti esok,lusa ,tulat tungging, buyung..:))) 5 hari semuanya..then next sunday 20 Oktober baru keja balik.. Last Raya Kurban..aku ada buat kenduri qurban dan aqiqah anak2 aku kan..kali nih tak dak la lagi..sebb semua aqiqah anak2 dah settle ..syukur pada Allah swt..tahun nih husband kata nk buat nasi tomato..aku nih ikut la tak kisah..tp munkin raya kedua or ketiga..sbb raya pertama selalunya aku dan family akan balik ke umah mak aku dan jugak mak mentua..(mak kata nk buat laksa..perghhh..peberet ku..I loike...).. OK la di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf kalau ada silap dn salah..pada yang berpuasa..selamat berpuasa...yang balik kg..drive carefully...take care.......selamat hari raya aidiladha..

HAPPY BEZDAY SUFIYA ADRIYANA

Assalamualaikum semua.. Just want to wish a HAPPY HAPPY BEZDAY TO MY LOVELY DOTER SUFIYA ADRIYANA yang ke 8 tahun...cepat masa berlalu..masih merasai kehangatan ketika melahirkan dia 8 tahun lalu 14 Okt 2005 pada jam 11.24 pagi... Make a wish to her at early morning dan pia sngt2 happy...dan request kat mama nk makan kat luar, nk bezday prezzie...nk kek bezday..kali nih katanya nk makan kt sekolah dia..time rehat..:)..inshallah mama akan tunaikan...(tp tuh la hari nih masih lagi bekerja..eben esok nk raya maaa..)...pastu aku cuti direct la 5 hari dua hari raya then khamis..campur jumaat sabtu..tak ke 5 hari kan.. 8 tahun..cam tak caya ja..lagi 10 tahun dh 18 tahun..gulp...how fast time flies..emm sufiya mmg tak byk ragam sngt tp kadang2 ada peel yang wat mama shock n tempered gak..heheh..biasalah kan anak2 nk membesar... seingt aku sejak dari kecik sufiya mmg jadi perhatian..konon2 dia kan comey cantik putih gitu(tp dh besar ni sejak aktif sukan..kureng la skit..hhehe )..so mmg masa kt Penang dulu ramai la aunty2 cina suka kt dia..:)....apapun comey ka tak comey ka..hati kena baik ya...sayANG Doa aku seperti mama mama yang lain ..of course la nk anak jadi yang terbaik, cemerlang dunia dn akhirat kan..semoga sufiya sentiasa dalam iman yang utuh sejak kecil hingga dewasa...jadi contoh yang terbaik buat safiiy dan sufi..adik2 mu...mama terlalu sayangkan cik sbb cik adalah anak mama yang pertama.. Kawan2 doakan anak ku sufiya adriyana menjadi solehah..terbaik di dunia dan akhirat..AMIN AMIN..

Sunday, October 13, 2013

SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN& KECANTIKKAN..

Assalamualaikum .. Cantik tak bermakna cantik di luar sahaja tapi dalaman kan...maksud aku penjagaan kesihatan yang sempurna...skang byk tui produk2 kesihatan kan..byk produk yang bagi kita tenaga tambahan dan untuk kelihatan berseri2 dari luar dan dalam.. cam aku sendiri yg dh beranak pinak nih..hehe..anak baru 3..then di samping sambung study...bekerjaya mmg la melalui rutin harian yang sangt pack dan padat...tak dapat dinafikan ada masa2 mmg stress ngan hal anak2 n kerja yang sentiasa never full stop and never end mmg memerlukan sesuatu untuk diri.. So far aku amalkan beberapa produk dan amalan yg aku suka lakukan..contohnya ke spa sesekali sekala..untuk massage..then untuk muka lak..aku akan pakai night cream (nnti I share k),..then toner..pelembab...BB cream and so so on la... Then untuk supplement Kesihatan nih..kt atas antara yang aku amalkan.. Aura White..leh search..byk kebaikannya..untuk wajah dn tona sekata..bagi kulit licin halus gitu..amalkan sebelum sarapan dan malam before tidur Vitamin C 1000 mg..Blackmores..dh aku share kt entry before nih kan...vitamin c as we ols tau mmg byk kebaikan dan sgt penting utk kita.. Examo from Era Edar........supplement ni very very good ok.bukan untuk aku aja malah utk anak2 aku...examo adalah makanan kesihatan untuk minda dan mencergaskan otak..cam aku kan dh mahasistua kan..hheeh..so mmg otak kdang2 agak 'berkarat'leh kata gitu..so kena la amalkan examo ni.inshallah mmg membantu.. Kita tak salah mencuba dan amalkan untuk kesihatan kan..badan kita pun cam keta..kalau tak service..kowang bayangkan keta tuh jadi cam na..begitu jugak pokok bunga jika tak dibajai..tak dijaga..mmg akan layu...(petik daripada kata2 rakan sepejbat aku yg dh berusia 52 thn..thanks for ur kindly experiences...) its help me a lot.. Apapun..kecantikan bukan terletak pada rupa paras semata2 kan..tp juga tingkah laku dan cara2 kita bercakap dan berinteraksi...kan..

Saturday, October 12, 2013

KERJA DI HARI MINGGU

Assalamualaikum.. Hari ini hujan agak lebat..tp kejap hujan kejap berenti..di awal jam 6:50 pagi aku telah keluar rumah dengan anak2 ku..buat apa cuti2 gini keluar..cam aku citer kt entry sebelum nih aku kena bertugas di UTC..bulan nih aku kena bertugas dua kali...husband pun keluar seiring dengan kami tadi..tp ngan kenderaan yang berlainan la sebb dia menuju ke kelas dia yg mmg tiap2 hari Sabtu..last week aku mmg tak dak weekend sbb jumaat dan sabtu ada kelas di UUM.. destinasi pertama adalah ke rumah mak aku..hantar safiiy ammar dan sufi amira ngan tok dia..sonok la dpt dok ngan tok...:)) aku smpai umah mak tadi..dh terhidang nasi lemak dan nescafe panas favourite aku...tq mak....hari ini aku bawak sufiya temankan aku di UTC.. Sampai ja tadi..cuaca mmg mendung..hujan dh berenti...ku parkirkan kereta betul2 depan utc..tak larat aku nk menapak jauh kt ofis aku ...walaupun jarak nya kalau jalan kaki 5 minit gitu..sampai2 ja..fuh..kena menapak nek tangga lak ke tingkat 4...pecah peluh pagi aku...escalator dalam pembaikan kekdahnya..sabau je mak jemah..pastu..smpai2 lak..sorang petugas yg sama shift ngan aku pi mana tah..terjenguk2 aku..dh la lom punch card....tong ..ting...dpt idea turun lak kt pejabat LHDN kt utc gak..tumpang punch card..leh gitu..heheh..mjur la depa sngt baik hati...emmm naik ja atas terus call rakn pejabt mintk no tel ct fatemah yg bertugas dengan aku...syukur dia sampai selepas itu...rupanya keta dia rosak tah apa...em lega sbb aku dh punch card..kami yang bertugas jumaat n sabtu nih..kalau shift pagi 8;30 hingga 3;30 petang..pastu kalau malam..3;00 hingga 10;00 malam... oo ya..hari nih aku bawak sufiya temankan mama..maklumla first time bertugas..so mmg nk ada teman..hehe..gi pun time break nnti nk bawa dia beli barang2 personal..n preparation raya haji serba skit... emm masalah keja hujung minggu? emm bagi aku ok ja..suka suka..sebb dapat elaun overtime yg masyukkkkk..then leh jumpa customer seterusnya bagi info2 pada mereka kan.. OK la i nk smbung keja..emm keadaan skrang..masih lom ada sesapa pun yang mai..cuma kebisingan yang nyata di luar sbb ada renovation escalator....pencemaran bunyi..don don like ar.. bye.,.selamat berhujung minggu

Thursday, October 10, 2013

TIPS PENJAGAAN GIGI

Senyuman yang cantik dan manis apabila gigi anda tersusun dan tersergam indah..hehe boleh gitu...Gigi merupakan satu aset penting kerana gigi yang cantik akan memberikan keyakinan untuk kita senyum,bercakap dan berhadapan dengan orang. Kebersihan gigi juga menyumbang kepada masalah bau mulut sebab tu penting untuk kita menjaga kebersihan mulut, gigi dan gusi...Bagi aku sendiri, selalunya kt ofis..sebelum solat Zuhur, msti gosok gigi ataupun di waktu lepas makan time lunch atau bfast...........dn tk silap aku di sunatkan kita bersugi sebelum solat..(kena check balik nnti)..kt bawah ni antara tips yang aku try search kt google dan kita leh la amalkan...

Pemakanan

Pemakanan mesti dijaga, kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia  melekat di celah-celah gigi.. Bukan dilarang makan, cuma kurangkan pengambilan. Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan korang tercungkil-cungkil gigi guna lidah selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.

Berus Gigi

Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa fresh dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi. Sekurang-kurangnya beruslah gigi 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur.Dan yang paling penting sebelum tidur sebab, sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi tak dalah bakteria berkampung lalu terjadinya karies di situ.



Cara yang betul?
  • Gunakan vertical technique. Gosok ke atas dan ke bawah atau lebih tepat membulat  (circular motion). Sekaligus dapat mengurut gusi-gusi sekali. Urutan pada gusi penting sebab boleh stimulate blood flow dan menyihatkan gusi.
  • Cara horizontally tak bagus, kerana boleh menyebabkan:
i) lapisan enamel pada gigi terhakis ( abrasion )
ii) bulu berus gigi (bristles) boleh mesuk ke ruang kecil antara gigi dan gusi.
  • Jangan gosok terlalu kuat. Gosok dengan sederhana supaya tidak melukakan gusi dan menyebabkan lapisan enamel pada gigi terhakis.
  • Pilih bristles ( bulu berus gigi ) yang lembut, nylon dan round-ended supaya tak akan merosakkan gigi dan mencederakan gusi.
  • Gosok juga lidah anda sebab boleh menyahkan bakteria yang ada pada lidah yang  menyebabkan plaque dan calculus serta mulut berbau.



Gunakan Floss dan Interdental Toothbrush

Menggunakan dental floss adalah cara terbaik nak keluarkan sisa makanan yang tersekat di antara gigi.Ia  juga boleh digunakan untuk membuang plaque yang terbentuk begitu juga dengan penggunaan interdental tooth brush.

Untuk cara yang lebih details tentang penggunaan floss. Refer website ni Dental Flossing.

Gunakan Pencuci Mulut Berflorida
Sekurang kurangnya kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur  tapi mesti digunakan selepas beberapa minit berus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan reaction antara pencuci mulut dan ubat gigi. Di nasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan mouthwash ni, jangan ambil sebrang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida  yang tiada kandungan alkohol sebab boleh menyebabkan ulcer untuk yang mempunyai gusi sensitif.

Elakkan Minuman Bergas atau Soda

Minuman bergas atau soda mengandungi asid seperti asid citric dan asid fosforic. Asid-asid ini akan perlahan lahan react dengan gigi dan menghakis permukaan gigi. Banyakkan minum susu, air putih dan jus.

  • susu = boleh menguatkan rahang anda
  • air putih = nuetral dan tiada microorganisma
  • jus =memberikan nutrient yang diperlukan oleh gusi dan gigi

Elakkan Merokok

Antara penyebab utama gigi dan kerosakan tisu mulut ialah merokok. Merokok jugak akan meninggalkan kesan kekuningan kepada gigi (jangka masa yang lama) dan melemahkan gigi. So gigi akan rapuh dan mudah reput.(tak tahan aku bila sumbody yg baru lepas rokok then berbicara..emm naik fenin den)

Kunyah Gula Gula Getah

Ada chewing gums yang tidak mengandungi gula yang sesuai digunakan untuk dikunyah setiap kali selepas makan yang bertindak untuk membersihkan gigi kamu.

Elakkan Pengambilan Alkohol

Alkohol boleh menyebabkan radang pada gusi, lidah dan tisu tisu lembut di sekitar mulut. Pengambilan alkohol yang banyak berkemungkinan untuk mengakibatkan kanser mulut. (arak dan seangkatan dengannya adalah HARAM..

Buat pemeriksaan Setiap 6 Bulan @ 2 Tahun

Ini adalah cara yang terbaik sebab membolehkan kita untuk buat scaling (cuci gigi) dan membuang plaque dan calculus yang terdapat pada gigi serta menampal gigi yang berlubang.

Kenapa kena scaling?
Bila scaling ia membolehkan kita membuang segala plaque dan calculus yang terkumpul pada gigi. Calculus ialah benda keras bewarna putih, kuning atau hitam(dah tahap serius) pada gigi. Paling biasa timbul di bahagian belakang gigi depan sebelah bawah dan kalau tak dibuang boleh menyebabkan pelbagai masalah gigi dan gusi.

Masalah gigi seperti sakit gigi, gigi berlubang, calculus ini terjadi sebab kita memandang remeh tentang penjagaan gigi. Bila dah sakit gigi, mulalah nak tension. Orang batuk pun rasa nak marah. Untuk elakkan sebarang masalah gigi, mulut dan gusi rajin rajin lah jaga kebersihan dan berus gigi... sebenarnya aku lam planning nk jumpa doctor gigi..ala nk pi yang Klinik Gigi 1Malaysia ja pun..menurut kata kawan2 aku..mmg service sngt cepat dan agak baik dan memuaskan..let's try..lagipun for government servant cam I nih free aja...emm last aku wat scaling 2 thn lepas...emm so moh la kita..
 

PETUGAS DI UTC



Assalamualaikum

Hari Khamis dh no..ish masa berlalu begitu pantas...hari ni aku ok..mood ok..keja pun smooth aja..alhamdulilah..

Minggu ni aku akan bertugas di Urban Transformation Centre (UTC) actually first time aku bertugas di sana setelah dilancarkan pada bulan ogos tahun ini.  aku mewakili MARA di pejabat kami sendiri.  sepatutnya aku bertugas sejak bulan Ogos tapi oleh sebb aku final exam kt UUM so aku minta ubah ke bulan Oktober..

Minggu nih turn aku hari Sabtu (12 Oktober 2013), pastu minggu sekali lagi 26 Oktober 2013, aku akan ditugaskan pada shift siang bersama seorang lagi rakan sekerja.  kira bulan nih kena dua kali la cover untuk keja hari minggu...bagi ok ja..seronok gak..dpt bertemu pelanggan MARA then dpt bagi informasi dan berkongsi maklumat memberikan satu impak dan kepuasan pada aku.  Tp..psstttt yg bestnya dapat claim over time..(masyukkk dn agak lumayan gak..) bolehla..tp amaun terpaksa dirahsiakan..hehe..tp actually ikut gaji pokok x jam bekerja ..lebih kurang gitu la..ok la kan..

Majoriti staff di pejabat aku sebulan akan bertugas sekali atau dua kali aja rotation ..so ok la kan...kira adil dan saksama la..yang penting dua orang petugas yang ditempatkan dapat menerima untuk tujuan pembayaran contohnya bayaran pinjaman mara dll lagi.

Pejabat kami di tempatkan di tingkat 4, byk lagi pejabat2 kerajaan lain contohnya LHDN, Tabung Haji, JPJ, ..Kedai buku 1 Malaysia, Klinik 1Malaysia..dn lain2 lagi...

Minggu nih aku plan nk bawa sufiya temankan aku...dia pun dh besar leh temankan mama..adik2 lak aku hantar kt umah tok...mjur la umah tok tak jauh kan...untuk bulan nih kedua2 hari kena hari Sabtu..kira ok la sebb kalau dok umah pun husband aku tak ada..sbb dia ada kelas every sabtu..

Pendekatan kerajaan mewujudkan UTC adalah sngt releven dan membantu orang ramai yang ingin berurusan terutama pada hujung2 minggu..dan yang pastikan akan beroperasi sehingga 10:00 malam..so sesapa yg ada urusan dn sibuk waktu keja leh dtng on weekend ..kalau di KL UTC kt Pudu kan..

Bagi aku lak kebaikannya..dpt la extra income...hehe tak gitu..dn pada masa yang sama dpt mendekatkan lagi diri dengan masayarakat seterusnya membantu menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

sekian,...daaa..